Sharing is caring

Sedar tak sedar dah mencecah angka 36 tahun aku pada tahun 2014 ni. Begitu cepat masa berlalu. Lagi 4 tahun, sampai pula ke 4-series. Takut pula bila memikirkannya. Tapi apapun, aku bersyukur kepada Allah Ta’ala kerana sehingga hari ini aku dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan rezeki serta dijauhkan daripada sebarang bahaya dan bencana. Sungguh.. Allah Ta’ala Maha Pemurah, dengan aku yang kadang-kala perangai macam hauk ni, tetapi Dia masih sudi memberi nikmat kepada diri ini. Syukur atas kurniaan-Mu Ya Rabb.

So, what it feels like to be me?

Kat mana nak start? Apa kata kita mulakan dengan zaman kanak-kanak? Aku adalah anak sulung daripada 6 adik-beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang tidak berapa nak senang. Ayah aku tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan ibuku pula seorang suri rumah sepenuh masa. Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang nenek (ibu kepada ayah aku) yang sangat mengambil berat dan membantu kehidupan kami. Kesusahan semasa zaman kanak-kanak mengajar aku banyak perkara. Antara yang paling terkesan sehingga ke hari ini adalah jangan membazir makanan. Aku memang jenis tak boleh tengok makanan dibazirkan. Walau sekenyang mana sekalipun atau tidak sedap mana, aku akan cuba habiskan kerana bagi aku itu adalah rezeki kurniaan Allah kepada kita. Sedangkan umat manusia di pelusuk dunia yang lain kebuluran kerana kurang makanan, inikan pula kita dengan makanan yang tak sedap sikit terus kita nak buang. Kufur nikmat namanya. Lagilah nak mencerca kalau makanan tu tak sedap. Sebolehnya aku elakkan. Sebab mengingatkan sabda Nabi SAW, makanan jangan dicerca kalau tak suka atau tak sedap.

Selain daripada itu, kesusahan mengajar aku untuk lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang. Aku memang jenis tak suka nak berharap-harap ni. Nak something, usaha sendiri. Itu lebih memberi kepuasan dan takde la terasa diri ni teruk sangat kan?

Ada ketikanya bila aku ditimpa masalah atau berada dalam kesusahan, aku selalu terfikir alangkah beruntungnya menjadi si polan bin si polan. Hidup mewah, tak pernah merasa susah dan barangkali hidupnya jarang ditimpa masalah. Pernah juga bila aku berdepan dengan konflik dengan keluarga, aku rasa kenapalah aku dilahirkan dalam keluarga ini? Kenapa aku tidak dilahirkan dalam keluarga orang lain?

Dan dari segi rupa pun, apabila aku melihat seseorang kacak, hati selalu terdetik.. “bestnyerr klau jadi dia..” Selalunya aku jealous tengok those Kpop singers yang kulitnya putih mulus, hidung mancung dan kecil, bibirnya merah, rambutnya cantik.. tu semua boleh bikin aku stress. Kalau dulu, masa sekolah menengah, jenuh aku buat hair straightening semata-mata inginkan rambut yang lurus persis Aaron Kwok (zaman tu aku gila penyanyi Hong Kong nih). Tertekan je dengan rambut aku yang wavy ni. Lagi satu, hidung aku yang besar ni, dalam hati terdetik, kalaulah buat plastik surgeri semata-mata nak cantik tu tak haram (plus aku ada banyak duit) dah lama aku buat.

Tapi kan, apabila difikir balik, perlu ke aku nak merasa semua tu? Sepatutnya aku bersyukur kerana dikurniakan ayah dan ibu yang mengambil berat tentang perihal anak-anak. Walaupun ada ketikanya keperluan untuk anak-anak yang disediakan tidak sesempurna mana, tetapi sepanjang aku dibesarkan, aku merasa kasih sayang mereka, sakit pening aku mereka ambil berat, didikan yang diberikan cukup, makan pakai semua ada. Dan yang paling penting, doa mereka setiap masa untuk kami adik beradik. So, apa lagi yang aku nak?

Dan seiring dengan peningkatan usia, aku semakin menghargai apa yang Allah Ta’ala kurniakan pada aku ni. Dengan rambut wavy, hidung besar dan rupa bentuk fizikal aku yang ada ni, well I think I’m not that bad! Bila tengok gambar sendiri (time tengah kurus la.. kalau tengah berisi aku memang stress menengoknya!) cam okay la jugak. Takde la buruk mana kan? So bersyukurlah dengan apa yang Allah jadikan. Cukup, sempurna segala sifat.

Dari segi kerjaya pula, adakalanya aku terfikir, alangkah bagusnya kalau aku mempunyai pekerjaan yang lain daripada apa yang aku lakukan sekarang ini. Tapi this part is actually aku still fikir sampai la ni. Hakikatnya aku dah bosan dengan pekerjaan aku sekarang. I can consider myself dah tak kreatif lagi… susah untuk menjadi kreatif. Tapi apapun, kesalahan tetap kat diri sendiri. Aku yang malas nak belajar benda yang baru dalam bidang kerjaya aku ni. In terms of technology and stuff.. ntah la bila dah tak minat, kesungguhan pun takde la. Apa yang boleh aku katakan, sekarang ni aku bekerja semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bukannya atas dasar minat atau passion. Aku jealous dengan kawan-kawan aku yang menjadikan hobinya sebagai kerjaya. Terbaru, kawan aku Firr yang dalam proses memulakan kerjayanya sebagai pramugara. Sesuai la dengan minatnya yang suka travel tu. I wish kalau dahulu, masa awal-awal nak melangkah ke alam universiti, aku mengambil bidang kulineri sebab aku memang suka memasak. Nak jadi arkitek memang tak la. Aku setakat habiskan sampai diploma je. Pastu malas nak sambung. Entahlah.. sampai sekarang aku merasakan aku telah tersilap memilih course.

Akan tetapi, bila difikirkan lagi, jika aku memilih jalan selain daripada apa yang aku lalui sekarang, menarikkah kehidupan aku? Bagaimana pula jalan ceritanya? Sudah tentu berbeza dengan apa yang aku lalui sekarang ini. So, rasanya bahagiakah aku?

Jadi nak tak nak aku kena terima hakikat yang kehidupan ni tak semuanya indah, dan takde yang sempurna. Walaupun di sudut hati aku inginkan sesuatu yang perfect dan terbaik, tetapi aku kena berpijak di bumi yang nyata. Pandang sekeliling aku dan belajar menghargai apa yang aku ada sekarang ni.

Dengan erti kata lain, aku cukup bertuah kerana menjadi Omar  Al-Attas kerana:

  1. Dilimpahi nikmat yang tidak terhingga oleh Sang Pencipta, Al Rahman, Yang Maha Pemurah, syukur dengan kurniaan-Nya yang tak terhitung nilainya.
  2. Dikurniakan ibu bapa dan keluarga yang menyayangi dan sentiasa mendoakan aku yang kadang-kala berperangai cap ayam ni. Doa walid dan umi tak putus-putus siang malam dan aku yakin sebab doa mereka inilah banyak urusan aku dipermudahkan.
  3. Sepanjang menjalani kehidupan ini, aku dipertemukan dengan insan-insan yang istimewa; keluarga, saudara-mara, sahabat dan kenalan yang sangat prihatin dan memahami. Tidak kira lah baru atau lama. Di dunia nyata atau di alam maya. Jika aku tidak menjadi diri aku ini, sungguh aku merasa kerugian kerana setiap dari mereka yang aku kenali ni sangat unik dan mempunyai kelebihan yang tersendiri.
  4. Tak dinafikan along the way, I’ve bumped into few bunch of assholes, but hey.. no regret! Sebabnya, mereka-mereka inilah yang mengajar aku erti kehidupan dari satu sudut yang berbeza. Mengajar aku supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah berputus asa. Kalau kehidupan ni asyik indah macam fairy tales pun boring juga kan?
  5. Dipertemukan dengan insan/keluarga yang hebat tetapi tetap tawaddhu’, yang banyak membantu aku dalam kerjaya serta peluang pekerjaan.
  6. Dipinjamkan serta diberi peluang menikmati rezeki serta kemudahan yang tidak disangka-sangka. Sungguh, aku tidak pernah terfikir semua ini, tetapi setiap aturan Allah Ta’ala itu di luar jangkaan aku. Syukur pada-Mu ya Allah.
  7. Diberikan kesempatan dan rezeki oleh Allah Ta’ala untuk melancong dan melihat negara orang. Sungguh, sedari zaman sekolah lagi aku suka berjalan. Tetapi kesusahan dahulu membataskan aku untuk melakukannya. Pernah masa sekolah dulu, nak menyertai lawatan sekolah ke Melaka berharga RM15.00 pun aku tak mampu. And that’s why bila aku dah mula bekerja, aku tanamkan dalam hati aku, yang aku akan “qadha” semua yang aku tertinggal masa dulu. Aku nak travel sekerap yang mungkin mengikut kemampuan demi kepuasan diri sendiri. Tiada masa untuk memikirkan orang lain. Oh ya.. kesusahan masa lampau juga sedikit sebanyak membentuk aku menjadi manusia yang ada ketikanya bersifat mementingkan diri sendiri.
  8. Dikurniakan kesihatan yang baik. Tapi aku kena kuatkan semangat untuk pergi gym!!!! Plissss la.. lama sangat dah berazam yang tinggal azam ni.
  9. Masih dikatakan muda dari usia sebenar. Hahahahahaha.. Serious la weh aku dah 36 tahun dah ni. Ngeri okay! 4 tahun je lagi nak cecah 40-an. Kena konsistenkan rutin menepek anti-aging tiap-tiap malam sebelum tido ni. Freckles dah mula kelihatan.. Huhuhu..
  10. Aku sangat beruntung kerana hanya aku, Omar Al-Attas yang berjaya memiliki hatinya. Though I have nothing, I’m glad that you accepted me as what I am. And I’m proud to be me!

Begitulah serba-sedikit coretan aku sempena hari jadi aku pada tahun ini. Walaupun aku tidak mampu untuk membayangkan masa depan aku, tapi setiap hari aku berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat aku. Dijauhkan hendaknya daripada bahaya dan bencana.

Semoga Allah Ta’ala mengampunkan dosa-dosa aku, semoga terus dikurniakan kesihatan dan nikmat yang berpanjangan dan semoga Dia mendengar rintihan aku untuk dibukakan pintu hatiku supaya menjadi seorang hamba yang taat dan dapat menjalani kehidupan yang diredhai oleh-Nya. Dan semoga insan-insan istimewa di sekelilingku juga dikurniakan pemberian sedemikian rupa supaya mereka dapat menjalani kehidupan ini bersama aku lantas melakar pengalaman baru untuk dimuatkan di dalam kisah hidup insan yang bernama Omar Al-Attas ini.

Amin Ya Rabb.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.