Sharing is caring


Hari ni aku nak cerita sikit tentang kedai makan favourite aku di Myeongdong, Seoul. Aku pernah post pasal kedai makan ni skali kat sini: http://www.omaralattas.com/2016/01/asam-pedas-korea.html

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Baru la bertambah semangat aku nak terus membuat content yang berfaedah.

Anyway, aku saje je promote banyak kali kedai ni sebab kalau aku suka, korang mesti kena suka jugak! Hahahaha.. Anyway, kedai ahjumma ni menyediakan one of my favorite dish iaitu galchi jorim. Malas nak cerita banyak sebab aku dah cerita dalam post kat atas tu.

Antara menu yang ada.

Selain galchi jorim, last trip aku pada 30 September 2016 yang lepas, aku try juga tteobbokki dia. Sedap gak. Lagi sedap aku campur-campur dengan banchan (side dishes) yang dia hidangkan sekali. Nak try tteobbokki kat luar streetfood tu aku tak berani sebab kebanyakkan stall yang jual tu bersekali dengan hotdog yang aku yakini diperbuat daripada encik porky. So, Alhamdulillah dapat merasa hidangan ni tanpa rasa was-was.

Tteobbokki dia pun sedap!

By the way, ahjumma ni mempunyai beberapa anak angkat Melayu yang terdiri daripada student universiti di Seoul ni. And she’s sooooooo friendly dan baik hati. Dan kedai ni juga dikunjungi ramai orang-orang kita dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan banyak lagi. Mostly yang aku nampak Malaysian lah.

Ingat masa kami beritahu nak balik Malaysia keesokkan harinya, dia beri kan extra dish for free! Terharu kite.. Thanks Ahjumma.

Bersama ahjumma kesayangan. Haha..

Cuma cadangan aku kepada ahjumma ni (in case anak angkat dia terbaca), alangkah bagusnya kalau galchi jorim atau ikan bakar dan lain-lain juga disediakan dalam portion yang lebih kecil. Aku masih ingat kedai ahjeossi kat deret ni yang dah takde tu, galchi jorim dan ikan bakarnya berharga antara 7,000 – 8,000 won satu dengan portion yang kecil sedikit. I think that’s enough untuk seorang atau berdua makan. Yang sekarang ni harganya adalah 20,000 won (portion lebih besar) but bila di-convert around RM80.00 untuk satu dish.. abit expensivelah juga. Kalau berkongsi makan, okay lagi. Kalau makan sorang-sorang.. terasa la juga keperitannya. Hahaha..

Ini kedainya, Nampak tak ahjumma tengah dok usha aku ambil gambar.

Anyway, kepada sesiapa yang nak merasa makanan authentic Korea yang halal, silalah ke sini ya. Selamat mejamu selera!

Direction:
Kalau korang dari Myeongdong Station Exit 6 & 7 di mana Uniqlo di sebelah kanan (opposite Nature Republic), just go straight until you see Apple Frisbee on your right. Kedai makan ni terletak di lorong just before Frisbee.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.