Saturday, February 25, 2017

Iran Winter 2017

Winter in Hotel Gajereh, Dizin, Tehran.


Well.. well... well... di mana harus aku bermula? Macam banyakkkkkkk sangat aku nak cerita berkenaan dengan trip aku ke Iran tempoh hari. Okay mari kita mulakan dengan soalan pertama.

Kenapa Iran? First of all, aku memang tak pernah terlintas nak melancong ke negara ni, apatah lagi untuk winter vacation aku. Memula plan nak ke Seoul secara berjemaah, tetapi disebabkan ada yang tak jadi dan ada plan lain, maka aku decide untuk mencari destinasi lain. Lagipun asyik South Korea je kan... tukar angin lah sikit. Nak repeat Yamagata, Japan agak sendu memandangkan JR Passnya yang mahal itu. So, kenalah cari tempat lain. Macam terfikir nak ke Taiwan, Mauritius atau Maldives. Tapi jiwa memberontak nak salji! Aku pun tak ingat macam mana aku boleh terjumpa Dizin ni. Rasanya masa aku dok usha #winter kat Instagram tu kot.

So, once aku terjumpa tu, aku terus Google pasal Dizin dan Iran. Tak sangka di Iran ni terdapat pergunungan yang dilitupi salji dan mempunyai ski resort. Kalau tanya kebanyakan orang, mesti derang dok ingat Iran ni negara berdekatan padang pasir dan panas terik which is totally wrong!

Bandaraya Tehran berlatar belakangkan banjaran gunung Alborz yang dilitupi salji.


Bila dah dapat banyak info mengenai Iran ni, so aku pun startlah plan for my winter vacation awal tahun 2017 ni. Mulanya rancangan nak pergi seperti selalunya iaitu penghujung Januari, tapi takdan sebab ada job yang aku kena settlekan. Terpaksalah tunda ke pertengahan Februari. Bila semuanya dah dirancang, aku tanya Eric dia nak join sekali ke tak sebab biasanya dia akan follow aku, lagilah winter trip ni. Cuma last year ke Japan je dia tak ikut. Dan Eric pun berminat nak ikut sekali. Makanya aku prepare apa yang patut untuk booking hotel, transportation dan bajet semua.

Berbalik kepada pertanyaan di atas tadi.. kenapa Iran??? Pertama, ia sebuah negara Islam (abaikan mazhab mereka itu), so in term of food.. sudah tentu senang untuk mendapatkan makanan halal. Selain tu, aku curious nak tahu keadaan di sana. Selalu kita disajikan dengan berita-berita negatif dan propaganda media Barat, Iran begitu dan begini... so rasanya lebih baik kalau kita datang sendiri dan melihat keadaan di sini.


Selain tu, Iran kaya dengan sejarah dan bagi aku ia sangat menarik. Bermula dari zaman Cyrus, pengasas Persian Empire, tamadun hebat semasa pemerintahan Darius The Great, zaman sekular semasa pemerintahan Shah Iran sehinggalah Revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatollah Khomeini... Iran mempunyai sejarah yang panjang dan pelbagai.

Part of Persepolis semasa pemerintahan Darius The Great, kini di National Museum of Iran.


Selain tu, AirAsia dah ada route ke Tehran. Dan Firr sendiri telah sampai ke sini. Katanya Tehran agak menarik dengan cuaca yang baik dan architecture yang menarik. Maka dengan ini, confirmlah aku untuk bercuti musim sejuk di bumi Tehran ni.

Okay, enough mukaddimah yang panjang. Sebelum aku ceritakan itinerary secara detail, aku ringkaskan beberapa perkara yang perlu kita ketahui kalau hendak ke Iran ni.

Iran bukan ARAB!
Yes.. they are not Arabs. They are Persian or Aryan people. Dan mereka tidak sama sekali bertutur dalam bahasa Arab. Bahasa mereka adalah bahasa Parsi. Tetapi dalam masyarakat Iran, mereka terdiri daripada pelbagai suku kaum; selain bangsa Parsi, mereka ada yang berketurunan Turki (Turkmen), Kurdish dan lain-lain. Malah ada di beberapa daerah mereka bertutur dalam bahasa Arab, Turki ataupun Kurdish.

Visa
Bagi rakyat Malaysia, memasuki Iran tidak memerlukan visa dengan maximum stay selama 15 hari. Bagi wanita, kena follow dresscode. And to those yang passportnya ada cop negara Israel, akan dihalang memasuki Iran. Dan lagi satu, kalau korang dah memasuki Iran, kemungkinan besar korang akan menghadapi masalah kalau nak apply visa dan memasuki United States.

Matawang Iran
Iranian Rial adalah matawang rasmi Iran dan tidak dijual di luar Iran. So, kalau nak datang ke sini, silalah tukar matawang anda ke USD dahulu dan kemudian tukar terus di airport, di hotel ataupun di money changer yang banyak terdapat di Ferdowsi Road. Tetapi di airport kami hanya boleh menukar USD100 sahaja seorang. Tak boleh lebih. Hotel dan taxi booking di sini terima juga USD. Matawang official Iran adalah Rial tetapi mostly di Iran, rakyat mereka masih menggunakan matawang Toman. Jangan confuse... bentuk wangnya masih sama cuma nilainya yang sedikit berbeza. Toman is actually 1/10 daripada nilai Rial. Say for instance, peniaga tu cakap pasu ni berharga 65,000 toman... maka nilai yang korang kena bayar adalah sebanyak 650,000 rial.
Matawang Rial Iran. Contoh: Atas tu 500,000 rial. Kalau dalam toman dia jadi 50,000 toman.


Dress code
Bagi golongan wanita, wanita asli atau wanita mekar tak jadi... pendek kata selagi dalam IC tu tulis female, mempunyai 2 bungkus nasi lemak dan dorayaki... makanya golongan ini wajib mengenakan pakaian sopan dengan menutupi rambut. Paling koman pun kena ada selendang cover rambut tu. Nak berjambul sikit lepas tu pun takpelah. Janji tutup. Dan baju atau dressnya pula kenalah berlengan panjang, labuh sedikit dan cover bahagian punggung. Nak pakai seluar panjang atau jeans takpe.. asalkan bajunya labuh sedikit. Kalau tak ikut dresscode ni, silap haribulan depa tak bagi masuk masa kat imigresen. Bagi yang lelaki takde masalah cuma tak boleh pakai seluar pendek sahaja. Pendek kata, tak kira lelaki atau perempuan, penampilannya mestilah sopan.

ATM/Credit Card
Penggunaan credit card agak susah di sini. Sebabnya Visa/Mastercard adalah American company. So, there's no way these US companies beroperasi di bumi Iran ni. So kena sediakan wang tunai secukupnya.

Internet access
Kemudahan wifi disediakan di kebanyakan hotel. Tapi di hotel kami ni especially di Dizin, wifinya cam harammmmm.. Ada time dia laju. Ada time azab nak connect. Akses untuk social media seperti Facebook dan Twitter juga disekat. Instagram okay lagi. But, korang still boleh access those social media dengan menggunakan VPN. Camne nak guna? In my case, aku download app iaitu TouchVPN di Play Store. Connect wifi > launch TouchVPN > let it initializing.. > click connect > once there's a key icon on top of your screen, meaning your VPN is already connected and you're free to access Facebook or Twitter.

Simcard
Local simcard boleh dibeli di airport. Tetapi kalau korang sampai Tehran dah lewat malam, booth di situ dah tutup. Dia bukan 24 hours macam kat KL. So, kalau takdan beli, bolehlah membeli di kedai-kedai phone di sekitar Tehran. Tapi, masa kami try beli beberapa hari selepas berada di Tehran, macam agak susah sebab tak semua kedai ada jual simcard ni. Jadi dalam kes aku, aku just roaming je guna package Celcom RM38.00 per day dengan menggunakan partner mereka iaitu IranCell. Tapi kuota mereka just 50Mb sehari which is pada aku sangat tidak mencukupi. Lepas habis 50Mb tu, line akan menjadi slow. Roaming pun macam siput juga especially di Dizin (sebab atas gunung kan). So, kalau line ko slow tu... bertabah je la ye.

Etika sosial
Di sini pergaulan antara lelaki dengan perempuan adalah dibataskan. So, kalau korang datang ke sini dalam mixed group.. janganlah nak mesra sangat bertepuk tampar berpeluk bagai walaupun ko tengok kat sini ada couple selamba je pegang tangan. Just hormat pada undang-undang dan budaya mereka.

Masyarakat Iran di hadapan Grand Bazaar.

So, begitulah sedikit tips yang aku boleh kongsikan kalau nak ke Iran ni. Harap membantu.

Itinerary
Basically, itinerary aku adalah seperti berikut:

12 - 16 Februari 2017 (4 malam)
Dizin: Ski, free & easy

16 - 20 Februari 2017 (3 malam)
Tehran: City tour - Golestan Palace, Tehran Grand Bazaar, National Museum of Iran, Shahr Park, Valiasr Street, Azadi Tower, Milad Tower, Mellat Park, Imamzadeh Saleh Mosque, Darband & Vanak Village

Sebenarnya trip aku ni bertumpu di Tehran sahaja. Malas nak pergi jauh-jauh dulu. Sebab aku tak suka terkejar-kejar dari satu tempat ke satu tempat. Maybe next trip aku akan masukkan Esfahan, Shiraz dan lain-lain. Insyallah.

Hotel
Menempah hotel di Iran agak susah sedikit disebabkan oleh sekatan antarabangsa. So, hotel-hotel di sini tidak tersenarai di dalam kebanyakan online booking website seperti Agoda, Booking.com dan lain-lain. Kalau nak, korang perlu menempah hotel direct di laman web hotel-hotel di sana atau menggunakan online booking website lain seperti Apochi.com dan Dizinhotel.com. Untuk trip Iran ni, aku book dua hotel seperti berikut:

Dizin: Gajereh Hotel
Pada mulanya aku nak book Dizin Hotel ni yang terletak di Dizin Ski Resort. Tetapi malangnya hotel ni dah fully booked. Dan bila aku baca dalam website Dizinhotel.com tu, derang suggest Gajereh Hotel ni. Hotel ni still terletak di Dizin dan hanya 3 km dari ski resort tu. Dan katanya hotel ni less crowded dan servisnya lagi okay. So, aku pun email derang bertanyakan samada di Gajereh ni masih ada bilik atau tidak. Alhamdulillah kat sini masih ada lagi. So, aku pun booklah 2 bilik untuk kami bertiga. Both double room yang berharga USD65 (+RM290) semalam per room. Bayaran untuk bilik dibuat semasa checkin nanti.

Entrance Gajereh Hotel, Dizin.
Persekitaran Gajereh Hotel, Dizin. Ada few blocks kat sini.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hotel ini, korang boleh pergi ke laman web ni:
http://hostelsiniran.com/dizin/hostels-and-hotels/gajereh-hotel-in-dizin

Nota: Laman web Hostelsiniran ni agak serabut sikit dari segi navigationnya. Kena bersabar sedikitlah.

Tehran: Pasargad Hotel
Untuk di Tehran pula, ikutkan aku nak book Firouzeh Hotel yang terletak berhampiran Golestan Palace tu, tapi hat ni pun dah fully booked. So, aku book hotel Pasargad ni melalui Apochi.com. Harga double room adalah €72.00 (+RM341) semalam ditambah dengan €3.00 untuk booking fee. Tu kira aku ambil hotel antara yang paling murah lah tu. Kalau single room berharga €50 semalam. Anyway, bayaran boleh dibuat melalui creditcard. So, takdelah susah mana.

Facade Pasargad Hotel di Jamalzadeh St, Tehran.

Bilik yang lebih kemas berbanding hotel sebelum ni.


And this Pasargad Hotel (PH) ni actually kedudukannya lagi bagus daripada Firouzeh Hotel (FH) tu sebab ia terletak berhampiran dengan Tehran University dan persekitarannya meriah dengan student, cafe dan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan walaupun mostly kat sini banyak kedai-kedai buku. Aku ada lalu FH tu.. kedudukannya terletak kat area kedai-kedai menjual aksesori kereta which is macam serabut je area tu aku tengok. Tapi Wallahu'alam sebab aku just judge dengan sekali imbas masa lalu jalan Amir Kabir St. tu.

Khidmat Pemandu
Aku lebih suka menggunakan khidmat pemandu untuk trip di Iran ni. Lebih mudah dan tak pening kepala. Dan korang kena juga ambil sebab kalau nak drive sendiri... entahlah bagi aku macam mustahil sebab driving skill orang sini memang gila-gila. Tak sama macam kat Malaysia. Lampu isyarat pun macam takde fungsi. Selagi ada ruang kecil, selagi tu dia masuk. Jalan 2 lane boleh jadi 3 lane. So, kalau nak aku bawak kat Tehran ni, memang taklah weh. Kirim salam je lah. So, better hire local driver untuk bawa kau pusing-pusing bandaraya Tehran ni.

Khidmat mereka aku gunakan bermula dari airport pickup direct ke Dizin, Dizin ke Tehran dan 2 days city tour. Aku booked service mereka di Iran Tourists Transportation Service (ITTS). Senang berkomunikasi dengan derang melalui email. Sangat efisien. Dari segi bayaran, korang boleh memilih untuk bayar terus (which is bagi aku agak leceh) atau bayar direct pada driver nanti. So, aku pilih bayar direct pada driver.

One thing good about ITTS ni, derang ada menyediakan khidmat 24 jam dari airport direct ke Dizin walaupun dah lewat malam. Sebab kalau nak tido kat airport atau checkin hotel kat airport tu mahal. So, baiklah aku terus pergi ke Dizin. Tak membazir masa. At least, bangun pagi esoknya kami dah berada di kawasan pergunungan tu. Harga sebuah taxi ialah USD70.00 (+RM312.00). Tapi.. langit tak semestinya cerah, Ada juga kekurangan dalam servisnya kat sini. Nanti aku ceritakan.

Budget
Secara kasarnya, budget aku untuk ke Tehran selama 9 hari 8 malam ni adalah seperti berikut:

1. Return Flight
• KUL-IKA: Date: 12/02/2017: 7.45 pm - 10.40 pm (+8 hours direct flight)
• IKA-KUL: Date: 20/02/2017: 12.05 am - 12.45 pm (+8 hours direct flight)
• Baggage 25kg (return)
• Insurance
RM 1260.32

2. Accomodations (for 2 pax)
a. Gajereh Hotel, Dizin x 4 nights = USD260.00 (+RM 1160.25)
b. Pasargad Hotel, Tehran x 3 nights = €219.00 (+RM 1062.80)
Total: RM 2223.05 / 2 pax
RM 1111.52

3. Transportation (for 3 pax)
• Aiport pickup to Gajereh Hotel = USD70.00 per taxi
• Gajereh Hotel to Pasargad Hotel = USD 70.00 per taxi
• City Tour Day 1 = USD 100.00 per taxi
• City Tour Day 2 = USD 100.00 per taxi
• Pasargad Hotel to Airport = USD 70.00 per taxi
Total: USD 410.00 (+ RM 1829.62) / 3 pax
RM 609.87

4. Meal
• Estimated RM100.00 per day x 7 days
Note: breakfast included di kedua-dua hotel
RM 700.00

Dizin Ski Resort: 
• Entrance fee & cable-car ticket (880,000 rial) - USD27.00
Note: kalau masuk without ski equipment, just nak naik cablecar only = 340,000 rial (USD10.50)
Operating time: 8.00 am - 4.00 pm. Free shuttle bus from hotel: 9.00 am (from hotel) & 5.00 pm (from DSR)
RM 120.48  
• Ski equipment rental - USD50.00
Note: aku tak skiing.. so aku save sejumlah US50.00 ni. =)
RM 223.12

City Tour Day 1:
• Entrance fee: National Museum (300,000 rial) - USD9.26
Note: just masuk pre-history only, tak termasuk Islamic history
RM 41.30
• Entrance fee: Golestan Palace (380,000 rial) - USD11.70
Note: Just masuk 2 halls only. Lagi byk hall korang nak pegi.. lagi tinggi harga feenya.
RM 52.20

City Tour Day 2: 
• Entrance fee: Milad Tower  (120,000 rial) - USD3.70
Note: Just naik ke open observation deck only
RM 16.50

Other expenses
• Shopping, souvenirs, etc.
RM 3,000.00

TOTAL ESTIMATED COST per person: RM 7,135.31
Note: masa aku tukar ni, exchange rate USD to MYR adalah 4.4625 as per February 2017

Tapi, tak habis semua pun duit yang aku bawa tu. Masih ada berbaki USD440.00 (sekitar RM1.936.00) disebabkan tak mampu nak menambah barang lagi sebab luggage dah sarat dengan barang shopping, plus hotel Dizin charge kami 3 malam sahaja (instead of 4 nights) walaupun kami checkin awal pagi sekitar 7.30 am on the 13th February tu.

Jadi, begitulah serba sedikit budget aku secara kasar untuk trip ke Tehran ni. Sekarang, mari aku ceritakan pengalaman aku bercuti kat sana.

Day 1 & 2: Kuala Lumpur - Imam Khomeini Airport - Gajereh Hotel, Dizin

Seperti biasa, thanks kepada Bai sebab as usual menjadi supir setia menghantar kami ke KLIA2. Gerak dari rumah around 3.30 pm dan sampai di airport 45 minit selepas tu. Flight kami KL ke Tehran departed almost on time. Sangat packed dengan warga Iran juga. Dan Alhamdulillah kami selamat mendarat di Imam Khomeini International Airport sekitar jam 11.25 malam waktu sana. Immgration was smooth although bila time aku lama sikit sebab dia berkali-kali check dan tanya aku ni betul ke Malaysian. Hahaha. Nasib baik lepas!

Thanks Bai & Azuan sebab sudi hantar kami.

Di luar Imam Khomeini International Airport (IKIA), Tehran.


So, bila dah ambil beg masing-masing, kami terus mencari money changer dan nak membeli local simcard. Malangnya, booth simcard tutup sebab dia bukan 24 jam macam kat Malaysia. And money changer pun hanya boleh tukar USD100 sahaja setiap seorang. Harap-harap cukuplah sebab hotel ngan taxi semua kami bayar guna USD. Ni just untuk makan, etc je.

Oh ya, malam sebelum kami bertolak, ITTS ada email aku mengatakan mereka tak boleh nak ambil sebab jalan ke Dizin ditutup dari jam 8.00 pm hingga 5.30 am waktu kami sampai tu. So, aku reply kat derang minta arrangekan taxi paling awal selepas jalan tersebut dibuka. Lambat juga dia nak reply masa ni. So, dalam kepala aku dah set kena amik mana-mana taxi sapu kat luar airport tu untuk ke Dizin. Diorang ada suggest suruh bermalam di Tehran dulu kat mana-mana cheap hotel then esok pagi bergerak ke Dizin, tapi aku tolak sebabnya malas nak masukkan kos hotel lagi dan lagipun sampai dah lewat malam. Rugi je checkin hotel. Aku cakap kitorang tak kisah tunggu kat hotel sampai pagi until jalan tu dibuka. And bila dah sampai KLIA2 tu baru dapat reply yang derang takleh nak arrange taxi straight to Dizin on that night sebab tak cukup staff. Sabar je lah...

Jadinya, lepas tukar duit tu, ada this one pakcik dok sibuk ikut kitorang tanya nak ke mana. Bila cakap Dizin, dia beriya cakap boleh hantar ke sana dengan USD80.00. Aku tawar minta USD75 tu macam boleh je.  Tapi aku bagitau kat dia yang aku dapat email dari ITTS cakap jalan tutup. In fact aku minta tolong this one lady kat info kaunter tu tolong translatekan apa yang aku kat pakcik ni. Tapi dia beriya-iya cakap buka. So, okaylah, we proceed naik ngan dia.

Dipendekkan cerita, sampai je kat area Amir Kabir Dam nak masuk ke Dizin Road tu around 2.30 pagi, memang sah jalan tutup sebab heavy snow. Makanya, terpaksalah kami melepak dalam kereta selama lebih kurang 3 jam menunggu jalan tu dibuka semula jam 5.30 pagi. Dalam suhu yang sejuk gilerrrr, mujurlah kereta dipasang heater. Tapi on the brighter side, bagus juga naik ngan pakcik ni sebab at least kami sampai Dizin awal, daripada dok mereput kat airport tu nak tunggu cab sebelah paginya.

Mereput dalam kereta selama 3 jam. Mujur dalam kereta panas. Kalau tak.. mati kesejukan!


Oh.. nama driver kami ni Reza. So, pakcik Reza ni bawak kereta cam haram la juga. Aku ngan Eric kecut perut takleh nak tido. Yang lagi 2 orang tu memang dah selamat. Mana taknya, dibawa kereta terhuyung-hayang.. makan jalan. Sampai kami kena alertkan dia yang ada kereta kat depan. Tatau la dia ngantuk ke.. mata tak berapa nak nampak ke.. Wallahu'alam.

Perjalanan menuju ke Dizin di Velayat Rud setelah memasuki simpang di Gachsar.


Jadinya, bila jalan dah dibuka around 5.20 pagi, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Dizin. Sepanjang jalan salji kemain lagi turun. Bila dah sampai di Gachsar, nak masuk ke Velayat Rud cuaca dah mula cerah. Tapi jalan kat sini masih tebal dengan salji sebab belum ada jentera yang clearkan jalan ni lagi. Just nice kat depan sikit Seven Hostel in Dizin sebelum sampai Gajereh ni, kereta ni tak boleh nak naik jalan bukit ni sebab licin. Ah! sudah. Terpaksalah kami keluar dari kereta dan tolong tolak. Dan aku pulak bimbang takut hotel dah terlepas ke camne, dok berjalan kaki dalam suhu negatif ni mencari Hotel Gajereh. Masalahnya bangunan kat sini semua sama warnanya. So, memang agak susah nak mencari. Refer pun gambar sekeping dari website. Dengan bateri nak matinya... internet yang super slow.. so, aku meredah kesejukkan dok usha hotel kat sepanjang jalan ni. Time tu dah lebih kurang jam 6.30 pagi. Dah terang la sikit. Tapi aku give up sebab takut jauh lagi. Takut kalau aku teruskan juga mahu pengsan ni. Alhamdulillah, masa nak patah balik tu kereta kami pun dah boleh bergerak. Dan, derang pun dah tanya orang kat situ, Hotel Gajereh ni actually few meters je lagi.

Bila sampai kat entrance hotel, signboard tulis Gajereh Resort. Aku dah cam pening sebab kalau ikut internet namanya Gajereh Hotel dan ada seketul bangunan je. Ni banyak kot bangunan dalam resort ni. But, bila aku terpandang this one building yang exactly macam dalam website, barulah lega hati sikit. Tu pun, tak boleh nak drive naik ke hotel lobby sebab jalan bersalji tebal. Pakcik Reza dok try bawak pun tak bergerak langsung. Kesian pulak tengok orang tua ni. Lepas turunkan luggage semua, aku cakap kat Eric, kita bagi lebih la kat dia sebab tatau camne dia nak balik Tehran sorang-sorang nanti. Tak sempat dia minta, kami terus bagi dia USD100 bagi dia happy sikit. Harap-harap selamat la orang tua ni sampai ke Tehran hendaknya.

This is our Pakcik Reza. Harap-harap dia selamat sampai ke Tehran hendaknya. 


Sampai kat lobi hotel, punyalah lega sebab ada heater. First aku minta, sebotol air kat receptionist tu sebab gile punyalah kering tekak. Dia pun suruh duduk dulu panaskan badan sebelum checkin. Hahahaha..

Bila time checkin, aku cakap kami bayar dalam USD sebab itu yang derang email kat aku.. amount USD520 untuk 1 room for 3 (aku, Erol ngan Firr) dan 1 bilik untuk hakak Eric. Gile nak satu bilik ngan pompuan. Kena tangkap naya jek. Walaupun Eric ialah perempuan macho! Hahaha. Tapi si Najmeh ni nak gak aku bayar dalam rial.. but aku berkeras cakap mana ada rial.. kami prepare USD semuanya untuk hotel. Nak tukar rial kat airport pun ciput je dapat. Macam itik bercakap ngan ayam. Last-last dia pening sampai tergelak-gelak.. dia accept juga USD kami. Settle!!!!

Sampai bilik, kami letak beg, terus ke restoran kat level bawah lobby ni untuk breakfast. Lapar hawau! Mujurlah buffet breakfast, so boleh makan sebanyak mana yang suka walaupun menunya tak semeriah mana. Tapi sedap. Ada roti, cream cheese, butter, honey/jam, timun, tomato, telur dengan sosej. Airnya pula teh O panas dengan orange juice. Memula roti derang ni kami ingatkan tisu sebab pelik sungguh bentuknya. Macam kertas. Tapi, bila tengok derang makan. kita pun trylah. Sedap gak sebenarnya bila dah campur macam-macam.

Restoran di level bawah hotel.

Our buffet breakfast untuk 4 hari berikutnya. Dan itu adalah roti ya.. bukan tisu!


Bila dah kenyang, kami naik bilik, rehat dulu dan mandi (rimas walaupun kat sini sejuk namati!). Sekitar jam 2.00 petang camtu, kami turun semula ke restoran ni untuk lunch. Menu kami ialah barg kebab with rice (nasi ngan kebab) berharga 310,000 rial.. lebih kurang RM42.00. Rasa cam mahal tapi portionnya boleh tahan banyak. Jenuh juga nak abiskan. Yang penting sodap!!! Aku siap bawak turun serbuk cili siam untuk menambahkan selera lagi. Ada pedas barulah syiok.

Barg kebab with rice ~ 310.000 rial.

Buka sejadah nak solat... terpelanting dua ketul batu. Ini salah satunya. Kita letak tepi elok-elok ya. Hehehe.


Dan, petang ni kami hanya spend kat area hotel ni sahaja bermain salji. Pergi kedai kat luar hotel tu nak membeli barang pun kedainya tutup. Kat sini punyalah lebat wehhh saljinya. Memang puas hati. In fact, ni la winter experience aku yang paling best berbanding ngan Japan atau South Korea. Seharian kami merambu kat persekitaran hotel ni. Dari petang sampailah senja. Then dinner pun di hotel saje. The rest of the night, dok melepek kat sini try online dengan wifi yang macam siput.

Keadaan di luar hotel.

Lebat betul salji turun hari ni.

Puas hati bermandikan salji kat Dizin ni.


Hamba Allah yang sekor ni rajin meneman kami ke sana sini. Bodyguard lah ni. Ada 2 ekor lagi not in the pic.
Day 3: Dizin Ski Resort

Dizin is one of the largest Iranian ski resorts in the Alborz mountain range, near Tehran and also the city of Karaj. It was established in 1969. The ski season in Dizin lasts longer than in European ski resorts, from December to May, due to the resort's high altitude. The highest ski lift reaches 3,600 m (11,800 ft), making it one of the 40 highest ski resorts in the world.

Slope di Dizin Ski Resort.
Hari kedua kami di Dizin. Hari ni plan nak ke Dizin Ski Resort untuk bermain ski. Tapi bukan aku dan Firr.. Erol dengan Eric yang beriya nak main. So, lepas breakfast, kami tunggu shuttle bus hotel untuk ke Dizin pada jam 9.00 pagi. Free je naik bus ni. Dan dekat.. dalam 3 km camtu. Tapi kami tak naik the first trip sebab penuh dengan mat/minah saleh dengan alatan ski derang. Makanya, kami naik the second one. Mujur dapat seat belakang sekali. Kalau tak bersesak-sesak dengan derang ni.

Hari ni barulah nampak langit biru dan matahari. Good day for skiing.


Memandangkan kami berempat je yang takde alatan.. maka si driver Iran tu tanya kami dulu nak singgah tak sewa alatan ski. Terdengar suara-suara sumbang mereka ni like "Nooo..... straight to ski..." Hahahaha.. Dah tak sabaq la kan nak berski pungkoq-pungkoq nih. So, aku just bagitau driver straight je la pi Dizin Ski tu. Nanti tahulah kami nak pi sewa kat mana.. somewhere kat area tu jugak.

Pemandangan menuju ke Dizin Ski Resort (DSR) memang cantik. Velayat Rud ni diapit di kiri kanannya dengan bukit-bukit batu yang penuh dengan salji. Agak berbahaya juga jalan ni terutamanya ketika salji tebal. Kejadian salji runtuh tu rasanya dah biasa kat area ni. That's why kadang-kala jalan ni ditutup ketika keadaan cuaca yang tidak baik. In fact masa kat hotel pagi tu, receptionist kata DSR ni tutup sebab cuaca tak elok. Then this uncle confirmkan ngan kitorang and the rest that the resort is open. Dia sekejap tutup sekejap buka.. bergantung pada cuaca.

Velayat Rud yang diapit oleh bukit-bukit/gunung-gunung batu yang bersalji.


Cantik view bila lalu jalan ni.
Sampai je kat Dizin Ski Resort ni, kami pergi terus ke kedai menyewa baju dan peralatan ski yang terletak berhampiran dengan pintu masuk resort. Erol dengan  Eric je la yang sewa. Aku dengan Firr malas. Aku lagilah.. teringat azabnya masa kat Yamagata. Japan tahun lepas. So, this time aku nak naik cable car and enjoy the view je.

Dizin Sport/Lark Sport yang terletak berdekatan dengan pintu masuk Dizin Ski Resort.


Di hadapan Dizin Ski Resort School.. sape nak belajar ski boleh pi sini.
Harga sewa jacket, pants, boots, goggle, pole dan yang lainnya adalah USD50.00 per day. Oh by the way. DSR ni dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Then kami ke ticket info bertanyakan tentang harga ticket dan entrance fee. Tapi time ni depa cakap cable-car dihentikan seketika sebab cuaca tak elok. Kena tunggu like 30 minit or sejam camtu. Tapi those yang ada peralatan ski dibenarkan masuk dan boleh ski kat area berdekatan ni dan naik cable car bila dibuka. So, Erol dengan Eric masuk dulu dengan bayaran 880,000 rial seorang.

Dizin Ski Resort Hotel.


Aku dengan Firr lepak kat lobby Dizin Hotel dulu pekena hot choc sementara menunggu cable car kembali beroperasi. Sedap hoc chocnya ya. Pandai si Iran elok yang membuat air ni. Anyway, dalam setengah jam macam tu, aku pergi semula ke ticket counter dan Alhamdulillah dah boleh masuk. So, aku dan Firr bayar 340,000 rial seorang for entrance fee dan guna cable car. Actually these tickets yang dibayar ni sebenarnya ada deposit. Kalau korang pulangkan balik then korang akan dipulangkan balik nilai deposit tu. Cuma bila dah keluar tu kami malas nak pi ke kaunter lagi. Kiranya those yang masuk dengan alatan ski tu, tag yang mereka berikan tu bolehlah disajikan sebagai souvenir.

Pass untuk masuk ke cable car and skiing area. Ni yang without ski equipment.

Beratur menunggu giliran naik. Ramai international and locak skier kat sini.


Time ni aku dengan Firr je. Si Erol ngan Eric ntah ke mana halanya. So, aku ngan Firr beratur untuk naik cable car ke station yang kat atas tu. Selang beberapa orang sebelum kami naik, operasi cable car terhenti disebabkan oleh bekalan elektrik. Dalam 10 minit camtu la kot menunggu. Then bila dah dapat naik, sampai di tengah-tengah, terputus lagi elektrik. Kenalah menunggu lagi dalam ketinggian dan tergantung di tengah-tengah cable tu. Ngeri okayyyyyyyyy!!!! Tak pernah aku rasa sengeri ni. Mujurlah angin bertiup tak berapa kuat. Kalau terhuyung-hayang kat atas cable tu.. mau terkencing aku. Hahahaha. Adalah dalam 10-15 minit menunggu elektrik bersambung semula.

Dia tergantung kat situ baiii..tunggu la kau. Kalau weather baik sure cantik view kat sini.


Viewnya aku takleh nak appreciate sangat sebab bersalji tebal. Tak nampak langit biru. I bet kalau weather cantik.. mesti menarik view kat sini. Dalam cable car ni aku lebih teringat keindahan di Yamagata, Japan dulu. Lagi breathtaking viewnya semasa naik cable car camni.

Bila dah sampai kat station atas tu, dia punya windchill... ya ampunnnnnnnnn.. kemain membunuh!!! Dengan angin kuat dan salji berterbangan, memang takdan la kami nak berposing sakan. Kalau ikutkan Accuweather, cuaca hari ni macam sunny. Tapi macam tak berapa nak sunny sangat. Sekejap je matahari muncul then berkabut semula.

Angin kat atas ni kuat gile. Ko tak mampu nak buat apa-apa.


Dok panaskan badan kejap.. minum coffee.. then turun bawah semula.
Sudahnya, aku dan Firr lepak kat dalam cafe kat puncak atas tu, pekena hot coffee sesambil mengecaj handphone. Nak naik ke atas lagi memang terpaksa dilupakanlah sebab tak boleh. Cuaca tak mengizinkan. Jadi, selesai memanaskan diri seketika, kami turun semula ke bawah. Menghampiri station kat bawah tu, kelihatan dua kelibat manusia yang tengah beriya-iya bermain ski. Sah! Erol dengan Eric. Kat situ je mereka main. Hahaha.. beginner katanya..... ingatkan dah selamat menuruni gunung dengan berski... ceh!! Hahahaha.

Ada kelibat 2 entiti sedang berski di situ. Yang pro semua di atas gunung. Hehehe.


Berposing sat kat area ni sebelum pulang.

Di hadapan slopes Dizin Ski Resort.
So, tunggu derang betul-betul puas bermain... then dalam 3.30 petang camni, kami pi pulangkan peralatan ski tu dan menunggu shuttle bus untuk pulang ke hotel.

Sempat juga la merakamkan Hotel Dizin yang mula-mula aku plan nak book dulu. Cantik kedudukannya especially those cottages. Takpelah.. maybe next time kan.

Hotel Dizin. Suka betul tengok cottages tu. Comel sungguh!


Balik hotel.. seperti biasa, mundar mandir kat area hotel ni. Dan mereput dengan line wifi yang slow macam siput babi nazak. Merasalah nak upload satu video Instagram pun tak lepas-lepas. Tension pakcik!!!

Day 4: Dizin

Hari ni merupakan second last day kami di Dizin ni. Sebab lepas checkout sekitar jam 12.00 tengahari esok, kami akan stay di bandaraya Tehran pula. So, selesai breakfast tu ingatkan nak pusing-pusing sekitar hotel ni bergambar. Sekali, dia punya angin kemain lagi kuat. So, cancel nak keluar. Tunggu tengahari sikit nanti baru keluar semula.

So, around 1.30 pm, kami bercadang nak makan kat restoran di luar hotel ni. Macam bosan la pulak dengan menu yang sama kan. Hopefully bukak lah. Gigih la meredah kesejukan sambil berhenti seketika bergambar di spot-spot yang kami rasa menarik.

Keluar tengahari sikit. Tadi pagi kemain sejuk lagi. Tapi la ni pun sejuk gak. Takde beza,


Alhamdulillah restoran kat luar hotel tu bukak. Lotus Cafe namanya. Ingatkan biasa je kat dalam tu. Sekali elok ya interiornya. Setiap restoran ni ada ruang-ruang yang dihias cantik dengan sofa-sofa mirip kepada ruang tamu. Terdapat juga bar counter, ruang bermain snooker dan ruang makan bersebelahan tingkap dengan view snow di luarnya. Very cosy! Sangat sesuai kalau nak feeling-feeling minum hot mocha ke sambil melihat snow turun di luar sana. Ahhh!! Aku suka moment camni.

Lotus Cafe.. just near our hotel entrance.

Very cozy kat bahagian dalamnya.

One of the living area.



Jadinya, letak je punggung, derang ni tak tanya apa dah.. wifi password dulu yang penting ya! Hahahaha. Kemaruk sangat. Lepas siap order, masing-masing semua diam tak berbunyi sebab busy mengupdate di social media.

By the way, menu kat sini variety lah sikit daripada menu kat hotel tu. Macam-macam pilihan main course dan side dishes selain daripada pilihan air yang pelbagai.

Aku sebab dah kebuluq nasi.. maka tetap mengorder chicken kebab with rice. In fact, kami bertiga semua order menu yang sama kecuali Erol yang dok order chicken schnitzel, ala-ala fried chicken chop dengan breadcrumbs tu. Air pulak masing-masing memilih hot drinks like latte, hot choc etc. Harga kat cafe ni boleh tahan gak. Sama je macam kat restoran di hotel tu.

Makcik muka ganas tolong snap gambaq. Merci Auntie!

Chicken kebab with rice.


Derang ni punya sakan bergambar. Maklumlah masing-masing semuanya masih bergetah. Aku ni je dok melangut depan meja melantak air memikirkan pusing kiri.. pusing kanan.. tetap bentuk tong dram. Hahahaha. Bak ayat makcik bawang.. kalih ikut ni besaq.. kalih ikut tu besaq... Huhuhuhu!

Acah-acah posing.


Dah habis makan pun, derang ni tak bergerak-gerak lagi. Aku tengok makcik waiter tu muka dah macam nak tikam orang je, so betterlah beredar. Hahahaha.. Takde lah. Orang sini semua muka ganas-ganas, tapi hati mereka ada taman. Macam makcik cleaner kat hotel tu. First time jumpa, seram nak tegur. Tapi bila sekali kita senyum, setiap kali berselisih mesti dia membalas dengan senyuman yang paling menawan yang dia boleh bagi. Hahaha.

Anyway, selesai bayar semua, around 3.30 pm camtu, kami dok merayap di sepanjang jalan berhampiran dengan hotel ni. Tak jauh mana pun. Aku dengan Eric je la berjalan paling jauh. Lagi 2 Abdul tu dok sibuk bergambar around that cafe.

Velayat Rud.


Cantik view sini. Kiri kanan ada bukit bersalji. Dan actually kat tepi jalan ni ada anak sungai yang jernih mengalir.

Anak sungai kat tepi main road ni.


Lama juga kami berjimba kat kawasan ni. Angin demi angin dok bertiup.. sesejuk mana pun kami masih tabah berdiri. Walaupun kulit muka, telinga, kaki, tangan dah rasa kebas semacam takde rasa apa dah.

Lengang ya jalan ni. Macam boleh posing sambil baring je.

Enjoying the view.. and the windchill.


Dah puas hati bergambar ambil video semua, kami bergerak balik ke hotel. And our bodyguards, si anjing-anjing jinak tu dah siap sedia menunggu kami di entrance hotel. Punyalah taat! Suruh berhenti dia berhenti.. suruh duduk dia duduk. Rasa nak belai-belai je... pakkal je kau najis mughallazah!

Manjanya la kau nih!


So.. petang tu kami banyak habiskan masa bergambar dan bermain salji di sekitar hotel ni saja. Sempat juga la buat snow angel. Ingat Faizdickie je leh buat. Hahaha. Lama nak buat dulu tapi segan. La ni kat hotel ni lengang takde orang. So takde hal la kan.

Snow angel... checked!


Malamnya kami tak dinner sebab aku masih kekenyangan makan kat Lotus petang tadi. Eric ngan Erol je la yang pi makan. Malam last di Dizin. Sedih pulak bila mengenangkan...

Day 5: Dizin - Pasarsad Hotel, Tehran

Last day in Dizin. So, pagi ni aku bangun macam biasa. Settle mandi semua, aku kemas luggage apa yang patut sebelum turun breakfast kat restoran bawah tu. Sayu pulak hati mengenangkan nak meninggalkan tempat ni. Best sebenarnya hotel ni. Tak sibuk. Cuma kalau wifinya laju dan berfungsi dengan baik, memang dah cukup perfect dah bagi aku.

Pagi di Gajereh Hotel.


So, lepas breakfast, aku merayap kat sekitar hotel ni untuk bergambar buat kali terakhir sebelum balik ke Tehran. Oh, by the way, since semalam hotel ni dah meriah dengan warga Iran yang bercuti kat area ni. Mostly family. Dan malam tadi until 1.00 am pun depa yang muda-muda ni memekak dok main salji just in front of our room. Setan betul. Mat saleh pulak yang behave kat sini.

Since semalam hotel dah penuh dengan Iranian families yang datang bercuti.


Puas bergambar semua, lebih kurang jam 11.30 pagi camtu, aku pun pulangkan kunci untuk checkout dan ambil passport kami yang mereka pegang. Ingat selesai sudahlah. Pastu minah Iran yang jaga ni (bukan Najmeh yang masa kami checkin dulu), dok buat calculation bagai. Ingatkan nak kena bayar extra ke apa. Rupanya dia dok pulangkan duit baki. Aku macam pelik sebab aku cakap kami bayar untuk 4 malam event tak sempat nak tidur semalam kat situ sebab stucked masa nak masuk Dizin tu. But then kami checkin awal lah around 7.30 am camtu. Kot lah ingat dia kira ke camne. Then dia dok kira lagi and call staff lain kot (rasanya dia call Najmeh).. potpetpotpet kemain laju cakapnya.. then dia pulangkan juga balance. Daripada USD520 yang kami bayar tu.. dipulangkan balik USD100 plus dengan berapa juta rial lagi. Aku macam eh... banyaknya kau pulangkan. Betul ke? Aku suruh dia check balik sebab aku takut dia salah kira, nanti dia jugak yang kena marah. So, dia confirm that's the amount yang dia kena pulangkan. So, okaylah.. orang dah bagi duit. Amik je la kan? Derang kata depa charge kami 3 malam sahaja. Baik la pulok kan?

Anti-sosial sementara menunggu taxi sampai.


Taxi kami sampai lebih kurang jam 12.15 tengahari. Even aku dah bagitau kami ada 4 orang dengan 4 luggages, dia tetap bagi kereta biasa. Mujurlah muat bonet kereta tu sumbat keempat-empat luggage kami. Yang drivernya pun lebih kurang je macam pakcik Reza yang hantar kami dulu ke Dizin ni. The person incharge untuk pengankutan dari ITTS ni, Mr. Muhammad Rezza bagitau driver ni orang Dizin ni juga. So bila sampai Tehran nanti dia minta tolong aku guidekan untuk sampai ke hotel sebab takut dia tak berapa familiar. Hahahaha.. sudah! Macam la aku tahu kan?

Mr. Reza yang arrangekan taxi kami. Taxi kami pun lebih kurang camni.


Anyway, kami bergerak dari Gajereh Hotel sekitar jam 12.30 tengahari. Perjalanan semuanya berjalan lancar. Sepanjang perjalanan menuruni pergunungan Alborz ni, mata disajikan dengan banyak pemandangan yang indah. Cantik sungguh bumi Iran. Aku memang teruja sebab masa naik ke kawasan ni kan waktu malam. So, memanglah tak nampak apa.

Kiri kanan bukit bersalji.


Bukit-bukau dan gunung-ganang yang bersalji.. sekali imbas macam kat Swiss pulak. Ada few tempat kami berhenti untuk mengambil gambar. Aku dah request kat Reza suruh bagitau pakcik ni untuk berhenti di mana-mana spot yang menarik.

Breathtaking view near Amir Kabir Dam.
Nice view right?
Road 59, also known as the Chalous Road (Persian: جاده چالوس‎‎) or Kandovan Road (جاده کندوان), is an important road for people of Tehran, a large number of whom drive to popular tourist attractions in the north of Iran on weekends and for holidays. This road is one of the busiest roads in Iran. There is a tunnel in this road that name Kandovan. Kandovan tunnel built in four years from 1935 until 1939.

Antaranya bersebelahan dengan Amir Kabir Dam dan ada satu lagi spot di Chalous Road yang boleh nampak sebahagian jalan ni dari bahagian atas. Perghhhh... memang cantik la weh. Aku jakun semacam je. By the way, Chalous Road ni juga antara yang listed dalam dangerous road in the world. Seingat aku masa on the way naik ke Dizin hari tu, ada ternampak accident juga. Lori dan kereta yang accident juga ada tersadai kat tepi-tepi sepanjang jalan ni. Alhamdulillah, kami selamat masa melalui jalan ni.

View di bahagian atas Chalous Road.


Melepasi Chalous Road, beberapa ketika kami memasuk Karaj, salah satu daripada bandar yang terdapat di Iran. Di sini our driver berhenti seketika mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan memasuki highway menuju ke Tehran. Jalan keluar Tehran sudah mula sibuk sebab esoknya Jumaat, hari hujung minggu di Iran.

Their pride.. the flags are everywhere..

Karaj, Iran.


Sampai di bulatan Azadi Tower, beberapa meter kemudian dalam kesibukan jalan, aku ternampak temperature kereta ni dah H dengan simbol STOP menyala. Ah.. sudah! Dengan jalan jem ni.. aku cakap kat pakcik tu suruh ke tepi dan berhentikan kereta. Dia muka cam selamba je.. tapi aku sure dia memang cuak gile tu. Patutlah few minutes before aku rasa macam kat bahagian kaki aku panas dan cermin berwap. Ingatkan heater dia ke apa. Risau la kan kot la terbakar ke kereta ni. Banyak barang dalam luggage tu. Hahahaha.. So, we managed to pull over untuk sejukkan enjin. Aku tanya kat dia tak nak isi air ke? Kot la air dah kering ke apa. Dia cakap takpe.. dia amik some sort of plastik macam lego like that then dia letak kat one of the fuse apa ntah kat enjin kereta tu. Aku pun pelik. Air tak diisinya. Few minutes lepas tu, dia start semula enjin dan bergerak. Jarum temperature tu turun la sikit... bukan kat H. lagi But lampu STOP tu masih menyala. I was like.. magic ke apa ni.. lantak la. Tapi masih risau sebab terasa lagi kepanasannya.

Bencana! Hahaha.


Then again... few meters je bergerak. Temperature naik semua and this time makin panas dan cermin depan berwap-wap keluar. Aku cakap lagi kat pakcik ni, there's no way but dia kena berhenti juga. Aku dok keluarkan tangan kat tingkap minta laluan.. tahu-tahu la Tehran punya jam ngan cara derang drive camne. Dan je berhenti.. enjin dah berasap-asap. Haaa... amik kau! Dengan coolant ke apa liquid ntah habis menyembur meleleh keluar. Gila panas kot enjin!

So, dia pun pi la dok tahan this one car tanya apa ntah. Then at the same time pi kedai dok beli few water bottles pi siram kat enjin tu. Kami semua dah keluar dari kereta time ni. Aku usha Google Map, tempat kami berhenti ni dengan hotel dalam 4km je. Tak jauh mana. So, aku rasa better ambil taxi lain daripada nak menunggu dia yang tak tahu ntah boleh jalan lagi ke tidak kereta ni. Jadi, aku bagitau pakcik ni kami ambil taxi lain je. Those yang lalu jalan ni tengok kami senyum-senyum je. Apalah agaknya 4 ekor makhluk ni buat kat Iran ni kan dengan taxi berasap.... hahaha.

Anyway, we managed to get a taxi. Sumbat segala luggage kat belakang.. dengan aku-aku sekali kena pegang luggage kat seat. Lantak la hai.. janji cepat sampai. Syukur la ada taxi nak ambil kan.

Dia sumbat selagi boleh...


Bila dah sampai hotel.. hati punyalah lega. Aku keluarkan duit.. si driver ni main amik je wang kertas tu. Dalam RM20 lebih la kot lebih kurang dia charge. Mahal juga la untuk jarak 4km tu kan. Tapi takpe.. janji dah selamat sampai.

Sampai kaunter, checkin, ambil kunci dan terus masuk ke bilik. Hotel semua kami dah bayar dulu masa booking online tu. Alhamdulillah hotelnya selesa, bersih dan elok. Better daripada kat Dizin tu.

Sejenis kegembiraan bila dah sampai bilik.


Letak barang and rest kejap.. kami keluar semula ke kawasan sekitar hotel ni mencari restoran sebab masing-masing dah kelaparan. Jumpa this one restaurant, Nikou Burger.. fast food ala-ala Burger King camtu la. Kami dok order 4 burger semuanya. Sekali dapat, kemain besar lagi.

Kemain besar ko kan...


Selesai makan, kami pi merayap around this area. Best juga sebab banyak kedai kat area ni. Macam-macam benda dijualnya.. buah-buahan, makanan, baju, kasut, beg.. dengan kedai buku berlambak kan. Ye lah.. kat kawasan universiti kan.

Jamalzadeh Street, Tehran.

Kedai buah... buah-buahan kat sini nampak sangat menggiurkan!


Sekitar jam 7.45 pm, kami balik semula ke hotel sebab flight balik Firr pada malam ni. Sedih pula sorang dah takde. So, around 8.00 pm dia kena gerak ke airport. Taxi dah book dah. Minta tolong hotel ni buatkan. Sementara menunggu taxi datang, kami dok la melayan wrestling Iran kat TV lobby ni dengan staff-staff hotel sekali. Selesai satu perlawanan, around 8.10 pm camtu, this one guy... orang hotel juga ajak Firr naik kereta. Hahahah.. rupanya dia juga yang bawa taxi. Setan betul.. boleh plak dok melayan wrestling dulu kan? Selamba je orang Iran ni. Anyway, Firr cakap dia bawak macam pelesit. Kemain laju dan cepat je sampai airport!

Lepas Firr beredar, kami berjalan lagi kat sini mencuci mata sambil-sambil mengusaha tempat mana dan barang apa yang boleh dibeli nanti.

Somewhere near Jamalzadeh Street.

Kedai manisan.. semuanya manis melekak!

Macam-macam jenis kekacang atau seeds jual kat Tehran.

Kemain besar lagi kacang parangnya ni.


Dah penat kaki berjalan, then kami terus balik ke hotel sebab esoknya kami ada city tour the whole day.

Day 6: Tehran City Tour 1

Hari ni start 1st city tour kami. Selesai breakfast kat cafe hotel, kami menunggu our driver sampai. Breakfast kat hotel ni simple je. Bukan buffet macam kat Dizin. Satu guest satu set of breakfast consists of bread (macam tisu tu), telur rebus, cream cheese, butter, jam dengan seteko teh O. Simple tapi sedap. Aku semua la sedap kan? Hahaha.

Good morning Tehran! Pemandangan dari luar tingkap hotel.

Breakfast kat Pasargad Hotel. Itu roti tetap ada...


Anyway, driver datang around 10.00 am. Jalal namanya from ITTS. A very friendly guy. So, tempat yang pertama yang kami minta dia bawa ialah kedai menjual simcard dan money changer. Payah gak nak mencari kedai simcard sebab today is Friday.. hari minggu. Banyak kedai tutup. Kalau ada pun yang menjual macam mahal dan leceh sebab kena pi tempat lain (IranCell outlet) untuk activekan simcard tu. So kami fikir-fikir.. tak payah la kot. Sebab tak crucial sangat pun. Lusa dah nak balik... if nak spend RM50-60 untuk baki 2 hari ni je macam tak berbaloi.

Jumaat.. weekend kat sini. So abit lengang sebab banyak kedai tutup.

Bendera besar hitam tu simbol berkabung sempena tragedi bangunan yang terbakar & runtuh di Tehran baru-baru ni.


Jadi, destinasi berikutnya ialah money changer. Jalal membawa kami di sekitar Ferdowsi Square kerana di sini ada banyak. Walaupun kebanyakannya tutup due to weekend, luckily terjumpa this one yang buka. Tapi disebabkan aku tukar ada di antaranya note kecil iaitu USD1- USD5.. so dia tolak dalam 30,000 toman.. lebih kurang RM30-40 untuk sekali urusniaga tu. Normal la tu kan kat mana-mana pun. Next time, kalau korang nak tukar.. tukar terus ke note yang besar.. like USD50 or USD100. Oh, Jalal bawa kereta pun macam haram. Kecut gak perut but he's pro. Cilok tak ingat punya. Standard kot cara derang memandu camni kat sini... hmmm..

The brick building of the Museum of Ancient Iran was designed by the French architect Andre Godard in the early 20th century. It was influenced by Sassanid vaults, particularly the Eyvān-e-Kasrā at Ctesiphon. With an area of approximately 11000 square meters, its construction began in 1935 and was completed within two years by Abbas Ali Memar and Morad Tabrizi. The complex was officially inaugurated in 1937.

National Museum of Iran
Settle menukar USD kami, lokasi lawatan kami yang pertama ialah National Museum of Iran yang terletak di 30th Tir Street, Tehran. Di hadapan museum ni terdapat a small park untuk warga Iran bersantai. Anyway, museum ni dibahagikan kepada dua; Ancient Museum dan Islamic Museum. Kami memilih Ancient Museum dengan bayaran masuk 300,000 rial (+RM41.00).

Mini park di hadapan museum.

The National Museum of Iran.


Banyak aritifak seawal zaman Paleolitik sehingga kepada tamadun-tamadun besar dunia seperti Mesopotamia dipamerkan di sini. Teruja betul aku melihatnya. Well, sejarah dunia memang antara subjecct favorite aku masa kat sekolah menengah dulu. Still remember those ziggurat la.. Babylon dan lain-lain lagi yang aku pernah baca dalam buku teks dulu.

Ruangan pameran. Selfie pun bolehhh....

Antara artifak zaman purba yang dipamerkan.

Tengkorak manusia zaman Neolitik sekitar 9000-7000 BC.


Antara yang dipamerkan dan aku paling excited sekali dapat tengok ialah The Code of Hammurabi, undang-undang yang terawal diukir di atas batu semasa tamadun Mesopotamia. Very well preserved. Dulu tengok kat gambar je kan.. now depan mata sendiri!

The Code of Hammurabi. Well preserved even after thousand of years. How cool is that? 


Antara artifak lain yang dipamerkan adalah The Salt Man, yang telah berusia 1,700 tahun dengan rambut, kulit yang masih utuh melekat pada tengkoraknya. Siap dengan pakaiannya sekali.

Dah 1700 tahun masih elok lagi. Orang la ni sure dah reput semua sebab banyak makan MSG! Haha.


Selain tu, banyak lagi pottery zaman-zaman awal tamadun manusia sehinggalah sisa peninggalan bangunan istana/kuil yang berasal dari Persepolis semasa pemerintahan Darius I atau dikenali sebagai Darius The Great yang menguasai Empayar Achaemenid ribuan tahun dahulu.

Sebahagian dari binaan di Persepolis semasa pemerintahan Darius I.


Menurut Jalal, hebatnya tamadun di Iran ni, sehingga setiap museum di seluruh dunia, mesti akan ada artifak yang berasal dari negara ni. Tapi memang betul pun kan.

So, nasihat aku.. kepada sesiapa yang suka sejarah tu, wajib datang ke sini. For sure korang akan teruja dengan apa yang dipamerkan.

Lunch at Farhang Hall Restaurants
Habis lawatan kami di National Museum ni, kami ajak Jalal lunch dahulu sebab masing-masing dah agak kelaparan. Jadi, Jalal bawa kami di restoran di hadapan museum ni iaitu Farhang Hall Restaurants. Restoran ni menurut Jalal ada menyediakan menu asli Iran.. very ancient katanya iaitu dizi. Actually ia adalah some sort of sup kambing macam dalca tu, yang dimasak di dalam bekas batu. Supnya terdiri daripada daging kambing dimasak dengan kekacang, bawang, tomato, kentang dan cili. Ia dimakan bersama roti khas dan side dishes seperti yogurt dan parvardeh iaitu buah zaitun yang dicampur buah delima dan walnut.

Farhang Hall Restaurants.

Dizi.. authentic Iranian cuisine.


Nak makan dizi ni pun ada cara. Mula-mula kena keluarkan ketulan lemak yang ada, diletakkan di dalam mangkuk dan dilecek sampai halus menggunakan sejenis tool khas. Kemudian dicurahkan semua sup sahaja yang ada di dalam bekas tu sampai habis. Then, roti tu dicebis-cebiskan dan letakkan di dalam sup. Eat that first. Bila dah habis semua tu. Saki baki yang tinggal dalam bekas batu tu dilecek sampai lumat. Then makanlah paste tu dengan roti campur side dishes. Demikianlah tatacara memakannya. Punyalah complicated. Aku bantai je ikut suka. Kenyang juga kan? Tapi the reason kenapa kita kena habiskan sup dengan lemak tu dulu secara logiknya ialah kalau sup tu dah sejuk, ia akan jadi berketul dan tak sedap nak dimakan. So, kenalah makan masa panas-panas. Jalal setuju dengan hujah aku. Bijak juga aku kan? Hahaha. By the way, nak makan kat restoran ni boleh sama ada kat meja ataupun duduk ala-ala bersila mengikut cara tradisional. Kalau makan kat sini pun kita ada disajikan dengan muzik tradisional Iran selain daripada kicauan beberapa ekor burung yang terdapat di dalam sangkar di dalam restoran ni. Tenang je nak makan. Harga untuk makan hidangan dizi di sini termasuk air adalah sekitar 185,000 rial (lebih kurang RM25.00) seorang.

Shahr Park
Dan bila perut dah berisi dan kekenyangan tu, kami berjalan kaki menuju ke Golestan Park melalui Shahr Park, salah sebuah city garden yang terdapat di bandaraya Tehran ni. Shahr Park ni boleh tahan luas, tapi menurut Jalal Millat Park di utara Tehran lagi besar dan cantik daripada taman ni.

Shahr Park, Tehran.


Menurutnya lagi, kalau time spring, bersepah-sepah rakyat tempatan akan datang ke taman-taman awam ni untuk berpiknik. Katanya, orang Iran ni suka outdoor activities.

Menariknya di dalam ni terdapat sebuah Peace Museum (aku tak masuk pun) dan terdapat sangkar-sangkar yang menempatkan banyak burung-burung pelbagai spesis termasuklah flamingo dan ostrich. Dah macam Bird Park kat KL tu. Bezanya kat sini free je nak tengok but di KL Bird Park, korang kena bayar la kan...

Sangkar-sangkar yang menempatkan burung pelbagai spesis. Yang sangkar besar pun ada kat sini.


Shahr Park ini turut dihiasi dengan water element yang mencari ciri utama dalam pembinaan landskap Persian Garden. Dan designnya sudah semestinya symmetrical.

Grand Bazaar yang sesak dengan warga tempatan.


Sebelum sampai ke Golestan Palace ni, kita juga akan melalui bahagian luar Grand Bazaar yang sesak dengan warga Iran.

The Golestan Palace (Persian: کاخ گلستان‎‎ – Kāx e Golestān), literally the Palace of Flowers, is the former royal Qajar complex in Iran's capital city, Tehran.
Golestan Palace
Golestan Palace terletak berhampiran dengan Grand Bazaar. Ia dibina semasa era Dinasti Qajar sekitar penghujung tahun 1780-an. Istana ini juga digunakan oleh Shah Iran semasa pemerintahannya sebagai lokasi untuk acara rasmi negara.

Golestan Palace, Tehran.


Harga tiket masuk ke kompleks istana ni ialah 380,000 rial (+RM52.00) iaitu dengan pakej melawat 2 hall sahaja. Kalau korang nak masuk banyak area lagi, maka kena tambahlah lagi. Persekitaran istana ni sangat luas dengan landskap yang menarik. Burung-burung kat sini lepas bebas. So, bila berada kat lamannya memang tenang dengan bunyi kicauan burung. Tapikan.. rasanya kalau time season lain ni mesti lagi cantik pemandangan kat sini. Time winter ni memang pokok togel semata je lah.

230,000 rial + 150,000 rial (admission fee).


Banyak burung-burung kat sini. Kicauannya buat ko rasa tenang je kat sini.
Facade Golestan Palace memang cantik dengan hiasan tiles yang berwarna-warni menampilkan senibina Parsi. Area facade ni memang lokasi wajib untuk bergambar ya bagi yang melawati istana ni.

Facade istana yang berwarna-warni.

Spot wajib untuk posing. Aku perati je crew AAX ke IKA.. mesti ada pic kat sini. Hahaha...


Melalui bahagian luar istana ni juga kita boleh menyaksikan beberapa ruangan yang terbuka, antaranya ruangan yang menampilkan mirror work menempatkan Marble Throne yang dibina pada tahun 1806. Ia turut digunakan semasa penabalan Reza Shah pada tahun 1925 selepas berjaya merampas kuasa dan menjatuhkan Dinasti Qajar. Tu baru sikit yang ditunjukkan kat luar ni. Belum kat dalam lagi.

Boleh pulak aku tersnap separuh je marble throne tu sebab terpana tengok mirror work kat atas tu.


Bila nak memasuki ruangan dalaman istana, pengunjung dikehendaki menyarung kasut mereka dengan plastik bagi memastikan ruangan dalam istana ni sentiasa bersih dan tidak tercemar. Antara 2 hall yang kami masuk ni, hanya satu ruangan sahaja yang dibenarkan merakamkan gambar. Tu pun kena without flash. The first main hall tu kita langsung tak dibenarkan untuk snap gambar. CCTV di mana-mana.. tapi aku curi-curi gak. Hahaha..

Gambar curi... hahaha. 
Berpinau mata masuk sini baiii....


Okay... bila melangkah je masuk ke dalam main hall, perghhhh... memang terpukau la weh biji mata! Gilalah mirror work derang ni. Sangat detail dan aku terfikir berapa lama la dia nak siapkan untuk mendapatkan hasil yang memukau ni. Sangat-sangat detail! Bukan satu ruang je ada seni hiasan macam ni. Melihatkan hiasan dalaman istana ni kita dapat bayangkan betapa mewahnya kehidupan para pemerintah Iran di masa lampau. Lavish!!! Semuanya mewah dari karpet, kerusi meja, pasu-pasu hiasan sehinggalah ke pinggan mangkuk depa. Bagaimana pula nasib hamba rakyat mereka yang rata-rata hidup melarat.

Kau tak gile tengok hasil kerjanya yang macam ni???

Detail bak hang... berapa lama nak siap ni?

Kemewahan yang menjadi idaman para pemimpin rakus dan gila dunia.


Menurut Jalal, Dinasti Qajar adalah antara dinasti yang tidak disukai oleh rakyat Iran kerana semasa era pemerintahan mereka, mereka boros berbelanja dan bermewah sehingga menyebabkan kekuasaan, kekayaan dan kekuatan ekonomi Iran atau Parsi pada masa itu jatuh merudum. Sebab itulah pada tahun 1925, dinasti mereka berjaya ditamatkan oleh pihak tentera yang diketuai oleh Reza Shah dan seterusnya mengisytiharkan diri sebagai pemerintah baru Iran dan memulakan era pemerintahan dinasti Pahlavi. But dinasti Pahlavi ni pun tak lama sebab sampai ke anak Reza Shah ni iaitu Mohammad Reza Shah Pahlavi, dia disingkirkan pada tahun 1979 semasa Islamic Revolution yang diketuai oleh Ayatollah Khomeini. Kalau melihat pada dokumentari yang aku tengok, dia ni pun mengamalkan kehidupan yang terlalu mewah sampai rakyat Iran pun naik meluat. Boleh relate dengan our current situation now? Hmmm... hadam lah ye.

Dah selesai melawat Golestan Palace dan posing kat depan facade ni, kami sambung perjalanan ke Grand Bazaar yang terletak tak jauh dari istana ni. Tapi memandangkan hari ni hari Jumaat, maka tak banyak kedai yang buka. Jalal suggest kami datang keesokkan harinya untuk shopping kat sini. So, okaylah... esok saja. Tapi sungguhpun tak banyak kedai buka, ramai juga orang yang shopping sebab menurutnya dah nak dekat dengan perayaan utama mengikut kalendar Iran menjelang bulan Mac nanti.

Walaupun tak banyak kedai buka, bazaar tetap meriah.


Memandangkan hari pun dah beransur petang dan around 5.30 pm kat sini dah start sunset, maka kami pergi ke last destination kami untuk hari ni iaitu Azadi Tower.

The Azadi Tower (Persian: برج آزادی‎‎ — Borj e Āzādi; "Freedom Tower"), formerly known as the Shahyad Tower (برج شهیاد — Borj e Šahyād; "King's Memorial Tower"), is a monument located at Azadi Square, in Tehran City, Iran. It is one of the symbols of Tehran, and marks the west entrance to the city. It was commissioned to mark 2,500 years of the Persian Empire

Azadi Tower
Azadi Tower ni merupakan salah satu menara yang terdapat di Tehran dan sebagai simbol kebebasan. The word Azadi itself bermaksud freedom. Ia terletak di Azadi Square dan salah satu landmark yang terkenal di bandaraya Tehran.

Menariknya di sini, Azadi Tower ni berlatar belakangkan pemandangan pergunungan Alborz yang sangat cantik. So, memang tak puas kami dok ambil gambar. Kat sini pun ramai pengunjung yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara yang merakamkan gambar kenangan masing-masing.

Azadi Tower berlatar-belakangkan pergunungan Alborz. Kelihatan Mellat Tower juga di situ.


Nak melintas jalan ke Azadi Tower ni boleh tahan mencabar. Faham-faham je lah cara memandu orang kat sini. Gila-gila.. tapi kena berani. Derang still bagi laluan.. takde la kejam sampai nak langgar korang kan.

Tak lama pun kat sini. Selesai bergambar, kami terus pergi balik kat kereta yang dipark di tepi jalan berdekatan. Mana taknya... dah la sejuk gile.. aku pulak tak expect hari ni cuaca sejuk camni. Takde pakai heattech bagai. Just selapis baju je. Merasalah macam nak mati kesejukan! So, lebih kurang 5.30 pm camtu kami pun beredar dari sini untuk pulang ke hotel.

Sampai kat hotel, kami singgah kat restoran semalam, Nikou Burger, untuk makan malam. Takde la berapa nak lalu sangat makan sebab aku dah teringin makanan pedas. So, aku just order chicken wings sahaja. Tak larat dan nak mengadap burger.

Dinner malam ni...


Malam ni aku tak ke manapun sebab dah tak larat nak merayap since dari pagi tadi dok berjalan je kan. Cam nak tercabut dah kaki. Si Erol je rajin pi merayap sorang-sorang kat area ni. Aku ngan Eric, masing-masing dok bilik merehatkan kaki. Dah tua la kan.. hahaha.

Day 7: Tehran City Tour 2
Hari kedua untuk city tour. Bangun-bangun pagi ni tengok kat luar langit kelabu semacam je. Habis je breakfast, masa duduk kat lobby tu menunggu Jalal sampai, sekali kat luar tu nampak salji turun lagi. Alamekk... salji lagi ke? Hahahaha.. aku dah la malas nak berangkut pakai thermal jacket tu. Biarlah... satgi berenti la kot.

Turun flurries pula pagi ni...


Around 10.30 am, Jalal sampai. So, tempat pertama yang kami pergi ialah Grand Bazaar. Semalam Jumaat, banyak kedai yang tutup. Maka, plannya adalah nak shopping segala macam yang boleh dibeli kat sini.. especially souvenirs, tudung dan crafts.

The Grand Bazaar (Persian: Bāzār e Bozorg – بازار بزرگ‎‎) is an old historical market in Tehran, the capital of Iran. Located at the Arg Square in Southern Tehran, it is split into several corridors over 10 km in length, each specializing in different types of goods, and has several entrances, with the main being the entrance of Sabze Meydan.

Tehran Grand Bazaar
Tehran Grand Bazaar terletak berhampiran Golestan Palace dan merupakan pusat dagangan yang bersejarah di bandaraya ni. Bazaar ni sangat besar dengan pelbagai jenis barangan/produk yang dijual di dalamnya. You named it... apa je yang tak dijual di dalam ni.. baju, kasut. barangan kulit, barang kemas, perhiasan, kraf, pinggan mangkuk, makanan dan macam-macam lagi lah. Pendek kata dengan keluasannya ni, jangankan kata kita yang pengunjung ni boleh sesat.. orang tempatan pun sama. Our guide, Jalal ni pun beberapa kali dok tanya peniaga di dalam ni arah nak ke sana sini. Only those yang berniaga kat sini je tahu selok-belok lorong kat sini.

Normal days... the bazaar is so crowded!


Pemandangan di luar bazaar.

Facade masjid yang terdapat di kawasan bazaar ni.
Antara yang menarik perhatian aku kat bazaar ni ialah barangan seni perhiasan Iran seperti piring, pasu dan yang seangkatan dengannya. Warnanya sangat vibrant especially those blue colors yang dikenali sebagai The Art of Minakari. Memang trademark Iran. Katanya ia didatangkan dari Esfahan dengan senibina yang terkenal cantik tu. Memang halus corak lukisan tangan mereka. Bukan machine ya. Aku beli beberapa buah untuk koleksi sendiri selain daripada sebagai souvenirs untuk family dan member-member kat Malaysia.

I've bought the blue one. The green one is more expensive bebeh! Made from copper.


Kalau nak membeli kat sini jangan segan untuk tawar menawar. Aku ni jenis tak reti nak menawar sangat. Kalau korang power bab ni memang untung la boleh dapat the best price. Antara barangan yang aku beli ialah piring hiasan, pasu dan bekas bertutup. Macam bekas bertutup tu aku beli dengan harga 650,000 rial (+RM89.00) untuk medium size. Tapi kalau korang beli kat luar dari bazaar ni for instance macam aku belikan untuk auntie aku kat area hotel ni, the same bekas dijual dengan harga 950,000 rial (+RM130.00). Banyak juga bezanya kan? Dan ada satu vase aku belikan untuk saudara aku (since dia kirim last minute) kat kedai area hotel ni harganya 1,550,000 rial (+RM212.00) tapi bila aku tengok kat airport untuk the same vase lebih kurang, depa letak harga lebih 4,000,000 rial! Dekat RM500 lebih. Bapak mahal gile!!! So, kesimpulannya, kalau korang nak beli apa saja, belilah kat Tehran Bazaar ni.

Antara yang aku beli.


Selain daripada perhiasan, banyak gile kedai kasut kat sini. Aku tak rasa original tapi jenis yang good quality lah. Those NB, Nike, Adidas, Caterpillar.. bersepah-sepah kat sini. Depa cakap ni semua datang dari Vietnam dan China. Macam boot Caterpillar tu, suede leather bila ko convert ringgit jadinya lebih kurang RM140.00 camtu. Murah gile kan? Kalau kat Malaysia tu rasanya tak dapat harga camni. Menyesal pulak aku tak beli. Hahaha... Pendek kata banyak gila la pilihan kat sini. But ada shop yang dia tak jual satu-satu... jenis jual borong. Korang kena tanya la masa nak beli tu.

The boots are exactly like this one.


Kalau golongan wanita, sure terpana melihat barangan kemas, koleksi pinggan mangkuk, tudung.. shawl, baju dan sebagainya.

Kalau nak shopping kat sini, personally aku rasa tak cukup setakat 2-3 jam. This market is huge!!! Dah tu sangat sesak dengan pengunjung dan peniaga kat sini. Maybe perlukan sehari suntuk untuk explore dan shopping kat sini. Trust me. Macam aku cuma spent 3 jam lebih je. Takdan nak berpusing sangat sebab nak mengejar ke tempat lain pula. The next day tu even free the whole siang tu, kami tak pergi pun sebab dok pusing kat area hotel je.

The other section of the bazaar.

Masjid di bazaar Tehran.


Selesai beli apa yang perlu, tengok jam dah pukul 1.00 tengahari. Perut pun dah berkeroncong. Kalau ikutkan plan aku, nak lunch kat Darband, di utara Tehran. Tapi disebabkan ambil masa nak ke sana, aku suggest kat derang just grab je apa-apa snack yang dijual kat sini untuk mengalas perut. Pusing punya pusing, ternampak kedai menjual sandwich. So orderlah chicken sandwich untuk kami berempat. Si Jalal pun terjebak sekali. Hahaha. Ingatkan kecil je sandwichnya. Sekali besar gila macam ko boleh share seketul besar tu untuk 2 orang. Aku makan pun tak abis. Simpan separuh dalam beg. Anyway, kami dok makan kat luar restoran tu je sebabnya kedai tu dalamnya kecil nak mati. Malas nak bersesak-sesak.

Jenuh nak menghabiskan. Jalal sorang je yang sapu bersih.


Oh, by the way, sebelum kami beli sandwich ni, kami dok memborong coklat dan manisan Iran.. iaitu gaz (Persian nougat), karamel dan sebagainya. Gile punya manis la gaz tu.. sampai rasa berdenyut gigi aku! Dah la melekat-lekat nak memakannya. Hahaha.

Beli coklat, candy, halwa dan segala macam yang ada.

Tak larat jalan boleh naik shuttle tu dengan harga 6,000 rial untuk pergi ke parking.


Our next destination... Milad Tower, yang terletak di antara bandar Qard dan Gisha District.

Milad Tower (Persian: Borj e Milād – برج میلاد‎‎), also known as the Tehran Tower (برج تهران – Borj e Tehrān),[3] is a multi-purpose tower in Tehran, Iran. It is the sixth-tallest tower[4] and the 17th-tallest freestanding structure in the world.

Milad Tower yang disnap semasa melalui highway.


Milad Tower
Berdiri megah pada ketinggian 435 meter, Milad Tower merupakan menara komunikasi ke-6 tertinggi di dunia. Selepasnya ialah Menara Kuala Lumpur.

Menara komunikasi di dunia.


Harga bayaran masuk di sini ialah 120,000 rial (+RM16.50) untuk ke open observation deck sahaja. Banyak lagi area yang korang boleh masuk tapi kami pilih ambil yang satu tu je sebab nak tengok panorama keseluruhan bandaraya Tehran dan puncak menara ni.

Add caption


Oh.. time ni memang sejuk gile ditambah pula dengan angin yang kuat kat atas tu. Tabah la ya dengan baju selapis dua. Dari atas ni, aku terpukau memilih view Tehran yang sangat cantik dengan banjaran gunung Alborz dilitupi salji yang menjadi backdrop bandaraya ni. Korang kena datang sini unutk saksikannya sendiri. Dan bila kita tengok, Tehran ni sangat teratur dengan bangunan-bangunan yang menggunakan warna yang sama dan sekata.

Di bahagian luar lobby sementara menunggu giliran lift naik ke deck.

Part of Tehran.


Di dalam menara ni juga terdapat pelbagai kedai, cafe dan semestinya kedai menjual souvenirs. Memula ingat nak beli something bercirikan Milad Tower ni. Sekali tengok kat sini pun ada dijual keychain/fridge magnet Iran dengan harga yang murah iaitu 20,000 rial (+RM2.74) setiap satu. Jalal pun cakap price sini pun okay dan dia pun beli sekali. Key chainnya bercirikan ukiran bangunan di Persepolis iatu imej Darius dan yang seangkatan dengannya. So, kiranya satu benda wajib yang nak dibawa pulang dah settle dan tak perlu nak cari lagi. Ingatkan nak cari kat Tajrish market je.

Ini kedainya.. borong je kat sini.


Selesai melawat Milad Tower, kami bergerak menuju ke Mellat Park yang terletak lebih kurang 10 km dari sini. Tapi on the way tu.. kami singgah di Iranian Garden yang terletak di Vanak Village dulu yang terletak di tepi highway nak ke sana.

Iranian Garden
Iranian Garden ni terletak di Vanak Village di utara Tehran. Taman ni takde lah besar mana, cuma ia dikatakan terkenal kerana dibina dengan mengikut seni landskap sebenar Iran. Taman ni menjadi tumpuan warga tempatan dan juga pelancong untuk beristirehat dan bersantai.

View semasa memasuki Iranian Garden ni.


Sekali imbas, memang cantik taman ni. Tapi kalau korang datang time spring.. lagi berganda-ganda cantiknya. Faham-faham je la time winter ni pokok semua togel kan?

The art of Persian Garden... semua ciri-cirinya ada kat sini.

During spring. Image source: http://www.bultannews.com/files/fa/news/1395/1/31/506522_789.jpg


Sekejap je kami kat sini. Just nak appreciate the nature within short time je. Then kami cadang nak ke Mellat Park pula.

Mellat Park
Mellat Park adalah saah satu taman awam yang terbesar dan tercantik di bandaraya Tehran. Di dalamnya turut menempatkan cinema complex yang canggih di Tehran ni. Dipendekkan cerita, kami skip nak melawat taman ni disebabkan oleh kekangan waktu. Sebab dah almost lewat petang dan kami nak ke Tajrish. Lagipun memandangkan time winter kan.. so parknya semua sama je pemandangan pokok-pokok togel. So, pergi next time je la Insyallah time season lain pula. Jadi, seterusnya kami ke Tajrish untuk ke Imamzadeh Saleh Mosque yang terletak di Tajrish Square, Shemiran.

Spring at Mellat Park. Image source: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/41/Mellat_Park_Tehran.jpg


Imamzadeh Saleh Mosque & Tajrish Market
Imamzadeh Saleh Mosque terletak bersebelahan dengan Tajrish Market. Masjid ni turut menempatkan maqam Imam Zadeh Saleh, iaitu anak kepada salah satu daripada 12 Imam Syiah iaitu Musa Al-Kadhim. Mereka ni semua adalah Ahlilbait Nabi Muhammad s.a.w dari susur galur Sayidina Hussein bin Ali r.a, iaitu cucu Baginda Rasulullah, daripada puterinya Fatimah Azzahra r.a. Tetapi mereka ni diangkat oleh pengikut Syiah sebagai Imam mereka.

Gerbang masuk ke dalam masjid.


By the way, semasa nak pergi ke sana, northern Tehran ni dah dihujani dengan salji yang lebat. Makin tertambah-tambah sejuk la jadinya. Jalan nak ke sana pula jem. Lama jugalah kami di dalam kereta.

Masjid ni dijaga rapi oleh pengikut mazhab ni dan dihiasi dengan seni ukiran dan mirror work yang cantik di dalamnya. Tak dibenarkan mengambil gambar ya di dalam ni. Kaum wanita pula diwajibkan memakai chador (sort of telekung) untuk memasuki masjid ni dan mereka mempunyai laluan khas.

Alhamdulillah, berpeluang melawat maqam salah seorang Ahlilbait Rasulullah s.a.w dan menghadiah al-Fatihah untuknya. Time kami sampai ni dah nak masuk waktu maghrib. But, aku taklah join solat sekali sebab aku tak sure cara mazhab ni solat sama atau tak dengan Sunni (plus the stone thing kat sejadah tu). Aku lagi selesa solat jamak kat bilik hotel je.

Anyway, selepas selesai melawat masjid dan maqam ni, kami singgah sekejap je di Tajrish market yang terletak sebelah masjid ni. Tak lah sebesar Grand Bazaar di Tehran tu. Macam-macam juga yang dijual di sini.. daripada batu solat yang pelbagai rupa tu sehinggalah ke kacang-kacang, jeruk, sayuran, buahan dan lain-lain. Pendek kata.. meriah!

Tajrish market.


Menurut Jalal, Iranian suka masam-masam. no wonder la banyak pickles kat sini.

Apa yang sempat aku grab kat sini ialah parvardeh yang aku makan kat restoran tempohari selain daripada mixed nuts. Agak murah kekacang ni kalau nak dibandingkan kat Malaysia.

Pelbagai jenis dried fruits dan mixed nuts.


Sempat juga membeli strawberi Iran yang merah menyala dan besar tu. Murah je dalam RM11.00 lebih kurang la. Tapi mostly masam! Hahaha. Tak macam strawberi Korea.. manis!!! Tapi hat Korea kalau diconvert 8,000 won tu dah dekat RM30 lebih dah sekotak.

Besar..merah.. tapi mashemm... >__<


Dah selesai membeli apa yang patut kat market ni, kami kena membuat pilihan sama ada nak dinner di Darband ataupun di Tochal sebab tak sempat nak cover dua-dua ni memandangkan hari dah beransur malam. Darband ni memang aku yang pilih sebab tertarik dengan restoran yang terletak di atas aliran sungai/air terjun tu.

Pi Darband lagi best rasanya. Image source: http://orujtravel.com/wp-content/uploads/2015/10/Darband-18.jpg



Tapi on the way tu, Jalal ada bagi suggestion kalau dinner kat Tochal tu pun okay juga sebab Tochal adalah kawasan pergunungan dan view Tehran yang menarik pada waktu malam boleh dilihat di sini. Tapi takdelah sampai mendaki gunung tu. Just lepak kat base station cable car di situ. So, macamana ntah boleh terpilih Tochal. I should've choose Darband instead. Why?? Sebab kat Tochal ni sejuk nak mampoosss!!! Rasa macam nak merekah kulit badan dengan udara dan angin yang membunuh tu. Dan viewnya takdelah menarik mana.. biasa je. Nak naik ke sini kami menggunakan shuttle yang sama macam kat Tehran Bazaar tu. Harga pun sama. Ada je yang naik ke atas dengan berjalan kaki. Tak sanggup la hai.. kalau pakai thermal jacket maybe boleh la kot.

Sejuk manati kat sini hawauu!

Tehran at night.. taken from Tochal.


Kedai makannya pulak cam ala-ala je. Ada banyak kedai makan kat sini tapi semuanya aku dah bosan sebab western dan aku dok cari yang ada nasi sebab lapaq gile. Last-last pi juga this kedai.. walaupun takde nasi.. kebab pun jadilah dengan sup dan grilled chicken wings. In fact kami berempat order semua yang sama. Lapar gile katanya.

Sebab lapar.. semua ni licin.


Untuk memakankan badan kami pekena Ash reshteh. Ala-ala bubur sup yang dicampur noodle, kekacang dan sos mint. Aku layan je. Derang ni la azab nak meneguk. Jalal dok kata sedap.. memanglah dah ko orang sini. Lagi sedap dia kata kalau dicampur dengan curd iaitu sejenis susu masam ala-ala yogurt yang aku rasa dibuat dengan susu kambing sebab kuat bau kambingnya. Without curd ni bagi aku lagi sedap. Tak sempat aku nak warning Eric ngan Erol depa dah letak dulu.. banyak pulak tu. Dah la 2 orang ni tak makan kambing. End up Eric makan sikit je.. si Erol langsung tak lalu nak makan. Hahaha. Nasib baik ada kebab dengan grilled chicken wings. Tu pun banyak gile tak abis and kami tapau bawa balik. Portion aku of coz la abis.. tengok perut la! Hahaha.

Ni la rupanya ash reshteh tu. Aku bedal je tengah sejuk-sejuk ni. Yang dark green tu mint sauce.


Selesai dinner, kami berjalan kaki menuruni bukit menuju ke parking. Nak tunggu shuttle cam lambat gile dengan kesejukan kat situ. Better jalan.. berhaba sikit badan kan.

Sempat lagi...masa nak turun bukit ni.


Kiranya ni lah last tour kami pada hari ni. On the way balik, kami melalui Valiasr Street, yang turut aku listkan untuk dilawati. In fact masa nak pergi ke Tajrish tadi pun kami dah melalui jalan ni.

Valiasr Street
Valiasr Street ni adalah jalan yang paling panjang di Middle East dan antara yang tercantik di Tehran kerana di kiri kanannya terdapat deretan pokok-pokok. Time spring atau summer, bila melaluinya kita seolah-olah melalui sebuah tunnel... bak kata Jalal.

Deretan pohon yang disimbah dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Merah, hijau, biru.. etc.


Takdan nak berhenti bergambar pun sebab jalan sesak. Cuma Jalal sempat stop sekejap je so that aku boleh snap dari dalam kereta. Di sepanjang jalan ni terdapat banyak pusat-pusat komersil dan kedai-kedai menjual pelbagai produk. Insyallah.. one day on our next trip.. aku akan singgah di sini. Tapi Jalal kata most of barangan yang dijual di northern Tehran ni mahal sedikit berbanding dengan central Tehran. Dan kawasan di sini juga adalah antara kawasan penempatan yang paling mahal di Tehran.. sort of kawasan elit katanya. Boleh tahu.. tengok pada rumah-rumah dan condo di sini... memang nampak mewah. Dan kereta-kereta mewah pun boleh tahan bersepah kat kawasan ni.

Sampai di hotel, sedih pula hati nak mengucapkan goodbye kat Jalal ni. Baik dia jaga kami. He's really friend dan tunaikan hampir semua yang kami minta. So, bila dah bersalaman semua dan bagi bayaran untuk city tour ni plus extra USD sebagai tips untuk dia, kami pun naik ke bilik dan siap-siap mengemas. Esok dah last day and nak balik KL. Tapi tak kemas pun.. terus terbongkang tidur sebab badan rasa tak sedap macam nak demam. Dah sejuk sangat tadi kan. Makan panadol.. terus blackout. Erol seperti biasalah.. keluar merayap cari coffee. Jenis tak reti penat tul dia ni! Hahaha.

Day 8 & 9: Tehran - Imam Khomeini Airport - Kuala Lumpur

Last day in Tehran. Waaaaaaa.... sedihnya mengenangkan percutian dah nak habis. Pagi ni aku sorang je yang turun breakfast. Eric dah selamat membedal saki baki makanan semalam yang kami tapau. Si Erol masih terbongkang tidur. Dia nak lunch terus je katanya. Jadinya, lepas breakfast tu sempat la berborak sekejap dengan uncle Amir, yang incharge sediakan breakfast kat cafe bawah ni. Dia ni la yang dok puji Malaysia good country dan Mahathir Mohammad a good leader. Bangga aku kejap menjadi Malaysian. La ni... hmmmmm..

Bye bye pakcik Amir.



So, lepas breakfast, aku siap-siap kemas luggage semua. Susun mana yang patut. Satukan barang-barang yang dibeli dalam bag lain dan yang penting kena timbang beratnya. Takut terlebih kg. Bila dah siap segalanya, kami pun checkout hotel, but tinggalkan luggage kat lobby lah. Sebab flight kami malam at 12.05 am. Jam 8.00 malam nanti baru nak gerak ke airport.

Jadinya, lepas checkout tu kami pi lunch dulu kat Nikou Burger which is aku dah tak lalu nak order burger dah. Hahaha. Instead, aku order grilled chicken and lamb dan hati kambing kat kedai sebelah Nikou ni. Boleh je makan dalam restoran ni.

Grilled chicken wing and lamb. Makan dengan roti.


Selesai makan, kami merayap di sekitar area ni untuk last minute shopping. Jenuh berjalan kat sini membeli selain daripada nak menghabiskan saki baki rial yang ada. Antara yang aku beli ialah jumper.. murah kat sini dan kainnya agak tebal. Dalam RM45 sehelai lah lebih kurang. Then aku beli piring dengan pasu yang macam kat Tehran Bazaar tu. Mahal la sikit.. Extra dalam RM30 lebih camtu. Tu la.. kat bazaar tak nak beli siap-siapkan. Yelah time tu otak serabut dengan orang ramai lagi. Takdan nak fikir nak beli untuk siapa. Mujurlah si mamat Amir yang jual ni bagi aku diskaun. By the way, nama orang sini sama je lebih kurang. Kalau tak Amir, Reza, Mehdi.. Ali tu memang dah banyak sangat kat sini.

Somewhere near Jamalzadeh Street.


Then, dekat kedai yang sama kami beli perfume Iran yang bebas alkohol. Yang jualnya budak-budak muda kat sini. Entah-entah student universiti kot. Bagitau je jenama apa korang nak.. depa akan mix kan. Dan bau perfume di sini sangat tahan dan minyaknya pekat. Bukan cair macam EDT or cologne tu. Dia kira 10cc sama dengan 200,000 rial. Kalau satu botol kecil saiz 30cc tu harganya 600,000 rial (lebih kurang RM80.00 camtu). Aku minta Armani. bau pun lebih kurang dan tahan gile. Sampai balik KL pun baunya masih melekat.

Playful derang ni tapi sangat peramah. Dua orang tu suka kenakan membernya jacket coklat tu.


After that, terjumpa kedai chocolate/sweets, kami pi borong manisan kat sini. Coklat, kacang, baklava semuanya ada di sini. Main cakap tu sekilo.. ni sekilo.. tatau luggage tu cukup ke tak. Hahaha. Pastu pusing cari tudung, postcard dan some other stuff.

Pakcik kat kedai ni baik. Dia bagi je kalau kita nak rasa.


Bila dah dapat semuanya, so balik hotel organise balik luggage. Aku punya je total 35 kg. Tapi bila checkin as group should be okay la sebab depa dua orang ni pun tak abis 25 kg sorang. Tapi sebelum jsm 8.00 malam, aku sempat tukar lagi USD kat hotel untuk pi ke kedai si Amir tu untuk beli vase yang jiran aku kirim. Plus aku beli lagi few other piring spare nak bagi kat siapa balik nanti. Sekali tak cukup plak rial aku. Pinjam kat Erol sikit. Then si Amir ni nampak aku pinjam kat Erol.. dia tanya aku cukup duit tak nak balik Malaysia nanti (of coz la cukup sebab ada lagi USD aku tak tukar lagi..). Pastu dia kata takpelah.. dia pulangkan few hundred thousand rial kat aku.. "It's okay my friend" katanya. Dia nak aku sampai selamat ke Malaysia katanyaaaaaa.. Baik la pulak kau ni kan? So, sampai keluar kedai dia hantar sambil melambai-lambai tangan. Hahaha... Bagus kalau semua peniaga camni kan.. baik budi bahasa.

So, at 8.00 pm taxi kami pun sampai. Settle masuk luggage semua, kami pun bergerak ke airport. Mamat yang drive ni aku rasa Turkmen kot.. sebab dia dok pasang lagu Turki sambil nyanyi perlahan-lahan. Aku kenal penyanyi ni.. so bila aku tanya "is this Ibrahim Tatlises?" Dia reply yes.. dengan muka cam impressed. Hahaha. Nak je aku cakap aku pun dok layan Tarkan, Ebru Gundes dan Bulent Ersoy (tapi mak hayam ni kadang-kadang je la aku dengar).

Alhamdulillah jalan tak berapa jem. Sampai airport aku cuak sikit sebab flight AAX takde listed kat board tu. Rupanya flight tu delay dari KL. So, bila dah boleh checkin, kami pun terus masuk ke dalam. Tu pun lama juga kaunter nak mencari nama aku. Hahahaha. Bila dah masuk kat dalam menunggu flight tu, kami pun dinner lah sebab dah lapar. Terpaksa telan juga fastfood walaupun berpinau kepala bau fastfood ni.

Tengah nak selfie ada orang Iran offer nak ambilkan gambar.


Sepatutnya flight balik ni jam 12.05 am. Tapi delay dekat sejam lebih. Jenuh menunggu. Apapun Alhamdulillah, kami selamat sampai di bumi Malaysia sekitar jam 1.45 tengahari.

Secara keseluruhannya, aku rasa bersyukur dapat berkunjung di bumi Iran ni. Banyak pengalaman baru dan manis yang dapat semasa berada di sini. Yang pahit tu sikit je la especially bab transportation tu.  Apa yang boleh aku simpulkan di sini ada beberapa perkara. Tu pun daripada pengamatan aku selama 9 hari di sini.. bukan secara general. Antaranya:

  1. Rakyat Iran sangat supportive and helping each other. Itu adalah antara kekuatan utama mereka memandangkan banyak sekatan antarabangsa terhadap mereka. Contohnya, masa kami dinner di fast food restaurant (Nikou Burger), kita boleh order makanan di gerai kebab sebelah dan makan di dalamnya tanpa rasa bersalah atau bimbang kena marah. 
  2. Rakyat Iran baik dan peramah. Even some of them mukanya nampak macam nak bunuh orang. But once you senyum, depa akan senyum semula kat korang. Tapi ada juga yang muka macam palat especillay this one asshole yang jaga info kaunter kat airport terminal. Rasa nak tunjuk je jari tengah kat depan-depan muka dia.
  3. Rata-rata orang Iran kat Tehran fashionable.. especially golongan wanita. Stylo dan cantik-cantik dengan mekap yang wooowwww! Kemain tebal. Yang pakai chador lazimnya golongan tua dan tak ramai sangat terutamanya kalangan orang muda. Pastu pompuan kat sini galak buat nose job. Sebab menurut Jalal, that's the only area yang derang boleh tunjukkan. Lainnya derang kena cover.
  4. Kebanyakan mereka terutamanya golongan muda tidak menyukai pemerintah/kerajaann serta undang-undangnya. Tapi mereka kena akur. Redha menerima kaedahnya.
  5. Driving skill Iranian memang bapak gile!!!! Serioussss okay! Tapi surpisingly sepanjang berada kat sana takde pulak nampak accident kecuali masa nak naik ke Dizin tu la. Bawak macam puaka pun mereka tetap tolerate memberi laluan. Honking is normal there... setiap masa. 
  6. Thet don't care whether you are Sunni or not. They treat you as a human being. Mula-mula aku macam was-was nak kenalkan nama aku Omar.. since selalu dengar depa ni tak suka para sahabat. Mula-mula aku introduce as Syed je.. but sebab dah terbiasa bahasakan diri Omar.. so aku biarkan je. Takde apa pun... they're still friendly and warm lagi-lagi kalau tahu ko dari Malaysia. Bak kata Amir kat kedai souvenir tu.. "Iranian people are good people..."

Oh lagi satu... kat Dizin tu static electricity shocknya sangat kuat! Sentuh tombok pintu, sentuh frame tingkap, kepala paip, pegang selimut, pass barang kat roomate dan sebagainya.. manjang je kena shock. Masa kat Tehran pula, ada one night tu aku tidur tutup lampu, sekali kemain meriah lagi percikan biru electric sparks between comforter dengan selimut aku. Hahahaha. Selalu buka lampu dengar bunyi je. Macam-macam la kan... pengalaman baru.

Anyway, Insyallah, di masa akan datang aku akan plan lagi ke sini... maybe masa musim bunga dan ke tempat yang lain pula seperti Yazd, Esfahan, Shiraz dan lain-lain. Bumi Iran ni luas dan kaya dengan pemandangan menarik dan landskap yang pelbagai. Antara aim aku adalah Persepolis tu... teringin sangat nak pergi.

Dan kepada semua pembaca di luar sana, terima kasih kerana sudi membaca tulisan aku yang tunggang-langgang ni. Harap-harap korang semua mendapat serba sedikit maklumat atau tips untuk bercuti di negara ni yang sering diberi gambaran buruk oleh pihak media terutamanya media barat. Jangan takut datang ke Iran. Trust me... you'll be surprised!!!

To Erol, Firr dan Eric.. thanks sebab sudi repeat our winter vacation. Insyallah next year kita plan lagi ya.

Till then.. selamat merancang percutian korang ke sini. =)

p/s: Nanti aku update artikel ni dengan masukkan video pula. Tak sempat nak edit lagi.
Share:

4 Tepekan Bedak:

Jihan said...

Cantiknya pemandangan gunung-ganang tu!

Omar Al-Attas said...

haah... memang cantik view kat gunung ganang iran ni. Jom next year!

Anonymous said...

Nak tanya, if nak beli souvenir mcm fridge magnet and wall plate dekat mana ye murah? Coz ada kwn ckp dekat tehran susah nak jumpa souvenir2 mcm tu. Dia tak jumpa pun. Thank you ��

Omar Al-Attas said...

Salam anon... kalau wallplate tu boleh beli di tehran bazaar. Byk pilihan kat sana. Fridge magnet di situ pun ada juga tapi saya tak pergi cari sbb saya dh borong masa pergi milad tower. Ada satu kedai souvenir di situ and harga pun boleh tahan. Fridge magnet.. keychain.. semua ada. Kat airport ada tapi biasalah.. mahal gile.